Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKBonaventura Hero Bantu Kemenangan Pertama Gatusso

Bonaventura Hero Bantu Kemenangan Pertama Gatusso

Ianya memerlukan sedikit masa untuk pengendali baru AC Milan, Genarro Gattusso mencatatkan kemenangan pertama “Rossoneri” ke  atas Bologna dengan jaringan 2-1 pada malam tadi. Jaringan daripada Giacomo Bonaventura memastikan kemenangan walaupun ianya bukanlah permainan yang meyakinkan buat Milan.

Positif

Bertukar kepada formasi 4-3-3, Milan menguasai awal permainan dan mempunyai hala tuju dalam permainan mereka. Walaubagaimanapun mereka perlu lebih tajam dan konsisten. Ia pastinya memberi suatu petanda positif dan kemenangan ini seharusnya menjadi titik tolak untuk mereka membina keyakinan.

Negatif

Di sebalik melepaskan 1 gol, masih terdapat kelemahan dan sifat teragak-agak yang perlu di basmi dalam permainan mereka. Walaupun mereka menunjukkan ‘build up play’ yang lebih baik, tetapi mereka masih perlu menunjukkan kualiti yang lebih baik ketika memegang bola.

Jurulatih

Gatusso akhirnya merubah formasi yang merupakan suatu tindakan yang sudah lama dinantikan penyokong-penyokong AC Milan. Keputusan tersebut merupakan sesuatu yang tepat. Milan juga dilihat mempunyai lebih perancangan dalam permainan. Pengurusan dan pertukaran emain yang dilakukan pada babak kedua juga dilihat tepat.

AC Milan - Gattusso Donarumma

Rating Pemain daripada 10

GK Gianluigi Donnarumma, 6 — Tidak banyak dilakukan Donarumma ketika gagal menyelamatkan sepakan Simone Verdi. Tetapi beliau berjaya menyelamatkan gawang beliau daripada dibolosi menunjukkan beliau pada kelas tersendiri.

DF Ignazio Abate, 5 — Beliau dilihat hanya melihat bola ketika Bologna melakukan ‘build-up’ yang menghadiahkan gol buat Bologna. Mattio Destro tidak seharusnya diberi ruang. Beliau juga menunjukkan kerja keras turun naik di bahagian kanan.

DF Mateo Musacchio, 5 — Beliau sepatutnya memberi lebih sokongan ketika dibolosi, walaubagaimanapun Musacchio membenarkan Destro melepasi dirinya dengan mudah. Beliau yang membiarkan ianya terdedah merupakan sesuatu yang kutrang baik.

DF Leonardo Bonucci, 6 — Ianya merupakan suatu permainan yang baik daripada seorang kapten. Beliau dilihat agak selesa dibahagiab ‘back four’. Beliau kadangkala cuai dalam melakukan hantaran namun menunjukkan prestasi mantap dibahagian pertahanan.

Bonnucci

DF Ricardo Rodriguez, 6 — Pertahanan yang mantap dijunkkan pemain kebangsaan Switzerland apabila menjalankan tugas ketika bertahan apabila tidak terlalu kelam kabut dan sesekali naik keatas apabila di beri peluang.

MF Franck Kessie, 6 — Pemacu utama dibahagian tengah apabila seringkali melakukan larian pantas ke bahagian serangan. Beliau masih perlu melakukan hantaran tepat apabila berada dalam posisi yang berbahaya namun beliau menujukkan permainan yang baik.

MF Riccardo Montolivo, 7 — Pemain veteran ini tidaklah sebaik mana dalam permainan malam itu, tetapi beliau baik dalam banyak perkara. Beliau berjaya menghasilkan persembahan di bahagian tengah yang menghubungkan permainan. Persembahan terbaik beliau apabila berjaya melakukan dua hadangan yang menunjukkan komitmen beliau.

MF Giacomo Bonaventura, 8 — Beliau merupakan pemain terbaik perlawanan. kita telah menunggu sekian lama untuk Bonaventura sebenar kembali dan akhirnya beliau kembali bersama permainan sebenarnya malam itu. Di harapkan ianya adalah permulaan persembahan yang baik buat beliau. Bonaventura kelihatan lebih bertenaga, lebih banyak idea dan menjaringkan 2 gol penting.

AC Milan - Bonaventura

FW Suso, 6 — Sentiasa mengundang dan mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu namun tidak banyak yang dapat dilakukan. Masalah besar beliau adalah untuk kekal konsisten sedangkan beliau boleh melakukan lebih baik.

FW Nikola Kalinic, 5 — Beliau seharusnya diberikan kredit apabila melakukan ‘assist’ untuk gol pertama Bonaventura. Walaubagaimanapun beliau masalah sentuhan pertama beliau dan gagal menghubungkan permainan. Permainannya lebih baik berbanding beberapa perlawanan lalu apabila permainan beliau lebih hidup.

FW Fabio Borini, 6 — Tidak berhenti membuat larian dan sentiasa menujukkan permainan beliau yang versatil di pelbagai posisi. Bermula di sayap kiri dan berakhir sebagai pertahanan kanan pada separuh masa kedua. Beliau juga berjaya melakukan ‘assist’ melalui hantarannya untuk gol kemenangan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments