Real Madrid Mara Ke Perlawanan Akhir

0
684
Gareth Bale 1

Real Madrid mengesahkan tempat di perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA UAE 2017 setelah mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Al Jazira tanpa sebarang masalah.

Menguasai perlawanan di awal permainan, juara Eropah itu tersentak dengan gol Romarinho. Real Madrid kemudiannya bangkit untuk mengesahkan laluan mereka ke perlawanan akhir melalui jaringan Christiano Ronaldo dan Gareth Bale pada separuh masa kedua,

Persembahan penjaga gawang Al Jazira, Ali Khasief dilihat cemerlang pada awal permainan seperti yang ditunjukkan beliau ketika menentang Auckland City. Ali Khaseif dilihat bertindak cemerlang pada 20 minit pertama permainan termasuk menafikan percubaan Ronaldo, Luka Modric dan Karim Benzema.

Christiano Ronaldo

Walaubagaimanapun Al Jazira dilihat mempunyai perancangan permainan yang baik seperti dua perlawanan mereka sebelum ini. Mereka cuba menyerap segala tekanan dan sekali sekala melakukan serangan melalui ‘break attack’. Dua percubaan Ali Mabkhout berjaya menerjah jaring, namun kedua-duanya tidak dikira selepas melihat semula rakaman video VAR. Kedua-dua gol tersebut tidak disahkan kerana offside dan kekasaran yang berlaku sebelum jaringan dibuat.

Menakjubkan apabila percubaan pertama Romarinho yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Keylor Navas yang membenarkan gol pertama dijaringkan untuk Al Jazira. Gol tersebut hampir digandakan sebaik bermula separuh masa kedua namun sekali lagi VAR menafikan setelah percubaan Mbark Boussoufa di sahkan offside.

Selepas itu, Al Jazira mula mengahadapi masalah besar setelah penjaga gol mereka, Khaseif mengalami kecederaan pangkal peha. Beberapa minit kemudian, Christiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan untuk menjadikan beliau pemegang rekod jaringan dalam kejohanan. Melalui sentuhan yang baik, Ronaldo merembat ke penjuru kiri gawang melalui ‘half-volley’.

Benzema seharusnya berjaya memberikan kemenangan lebih awal buat Real Madrid namun dua kali percubaannya mengenai tiang yang sama di bahagian dalam. Pemain kelahiran Perancis itu akhirnya dikeluarkan dan kemasukan Gareth Bale yang kembali daripada kecederaan tidak membuang masa untuk menjaringkan gol kemenangan Real Madrid.

Gareth Bale

Real Madrid mengesahkan tempat ke perlawanan akhir untuk bertemu Gremio pada 17 Disember 2017. Manakala penentuan tempat ketiga bakal menemukan Al Jazira dan Pachuca pada 16 Disember nanti.