Piala Supermorkh 2017: Medan Bakat Muda

0
1430
Supermokh Cup Banner

Piala Supermokh merupakan sebuah kejohanan jemputan antarabangsa. Tahun ini merupakan edisi ke-4 penganjurannya dan bakal bermula pada 13 Disember sehingga 17 Disember 2017. Kejohanan ini sekali lagi bakal menjadi kayu pengukur untuk bakat-bakat muda negara apabila akan menentang pemain muda luar negara.

Tahun ini memperlihatkan satu lagi perubahan apabila perlawanan peringkat umur ini melibatkan hanya 24 pasukan yang merangkumi tiga kategori.

Pemain-pemain muda negara yang dibarisi pelatih-pelatih Akademi Bolasepak Kebangsaan Mokhtar Dahari (AMD) seharusnya mengambil kesempatan melalui peluang yang diberikan dalam kejohanan ini. Peluang ini juga seharusnya digunakan mereka untuk menilai kemampuan mereka apabila bersaing di peringkat antarabangsa.

AMD

Setiap kategori dalam kejohanan kali ini bakal disertai pasukan-pasukan akademi dari Eropah dan Asia. Kesemua pasukan itu dilihat mempunyai rekod dalam melahirkan pemain bertaraf bintang. Pemain-pemain AMD seharusnya menampilkan persembahan terbaik dan menggunakan segala pengalaman mereka.

Menurut pihak penganjur, mereka terpaksa menolak beberapa pasukan yang menawarkan diri untuk menyertai kejohanan ini. Respon yang sangat positif daripada kebanyakan akademi dari seluruh dunia menyebabkan penganjur terpaksa menolak permintaan mereka dan memilih akademi yang terbaik dalam usaha memberikan saingan yang kompetatif kepada pemain-pemain negara.

Supermokh Cup Champion 2016

Sporting CP bakal mempertahankan kejuaraan musim lalu dalam kategori bawah 12 tahun manakala pasukan dari Perancis, Paris Saint Germain bakal melengkapkan pasukan dalam kategori bawah 13 dan 14 tahun. Sporting CP mempunyai rekod dalam melahirkan pemain yang bertaraf dunia seperti Christiano Ronaldo, Luis Figo, Nani dan Ricardo Quaresma. Sementara PSG pula pernah melahirkan Nicolas Anelka dan Mamadou Sakho.

Untuk penganjuran tahun ini, Piala Supermokh akan mengekalkan dua ketegori yang dipertandingkan tahun lalu iaitu bawah 12 dan 14 tahun. Satu kategori tambahan, bawah 13 tahun bakal diperkenalkan. Setiap kategori akan mempertandingkan 8 pasukan dang dibahagi kepada dua kumpulan.

Sepak mula kejohanan bakal bermula 13 Disember dan semua perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 17 Disember 2017.

Pasukan Bertanding

Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding dalam setiap kategori dan telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Supermokh Cup Grouping

Venue Perlawanan

Kejohanan ini akan dijalankan di 4 venue berasingan. Venue-venue tersebut adalah:

  1. Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  2. Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  3. Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam
  4. Akademi Maybank, Bangi

Pemenang Edisi Lalu

  1. 2014: Kategori Bawah 12 Tahun – Pohang Steelers (Korea Selatan)
  2. 2015: Kategori Bawah 12 Tahun – Malaysia Cougars (Malaysia)
  3. 2015: Kategori Bawah 13 Tahun – Manchester City (England)
  4. 2016: Kategori Bawah 12 Tahun – Sporting CP (Portugal)
  5. 2016: Kategori Bawah 14 Tahun – Malaysia Cougars (Malaysia)

Jadual Perlawanan

Supermokh Cup Match Day 1 Supermokh Cup Match Day 2 Supermokh Cup Match Day 3

Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan buat dua wakil negara dalam setiap kategori iaitu AMD Malaysia Cougars dan AMD Malaysia Panthers.