Real Madrid VS PSG

0
902

Cristiano Ronaldo akhirnya mencapai 100-gol target untuk Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara. Selepas mereka Berjaya menumpaskan Paris Saint-Germain, 3-1 di laman sendiri, Santiago Bernabeu pagi tadi.

Rabiot mendapatkan jaringan saguhati buat PSG pada separuh masa pertama sebelum Real Madrid kembali mendapatkan jaringan melalui penalty Ronaldo dan mengandakannya beberapa minit kemudian sebelum Marcelo menjamin kemenangan.

Laporan Penuh Perlawanan

 

Separuh masa pertama tampak tegang dari sisi posisi apabila kedua-dua belah pihak memberi cabaran, yang juga mengakibatkan kad kuning buat Isco, Neymar dan Giovani Lo Celso.

Ronaldo memberi amaran awal untuk pelawat apabila dia membuat tendangan voli kencang melepasi palang gol selepas Isco membuat ‘set-piece’ yang baik dari belah kanan melalui sudut yang agak sukar.

Dua minit kemudian, Toni Kroos menguji Alphonse Areola dengan cubaan kaki kirinya dari penjuru kotak penalti. Areola terjatuh tetapi gawang Berjaya diselamatkan oleh Marquinhos yang sudah bersedia dia tiang belah kiri gol.

PSG merampas keseronokan Real Madrid apabila masuk minit ke 33. Kylian Mbappe mengawal bola di sebelah kanan sebelum membuat hantaran rendah yang Berjaya di tepis keluar oleh Nacho sebelum Rabiot menerima dan menjaringkan gol.

Ronaldo sekali lagi membazirkan peluang pada minit ke 37 selepas memenangi semula bola dari Berchiche dari sebelah kanan, tetapi dia membuat percubaan kaki kiri 14 meter yang melepasi palang gol.

Areola cuba mengekalkan jaringan apabila Berjaya menepis menggunakan satu tangan hasil percubaan pertama Karim Benzema. tetapi malangnya gagal apabila Lo Celso memberi penalti selepas mengasari Kroos, yang kemudianya diambil oleh Ronaldo yang menjadikan jaringannya sebagai penaik semangat Real Madrid.

Navas menerima cabaran awal separuh masa kedua selepas dia melompat menghalang bola dari di terima Mbappe, selepas satu hantaran cantik dilakukan Neymar seawal minit ke 49.

Hasil pertukaran yang dilakukan Zinade Zidane memberi impak seperti yang diharapkan apabila Marco Asensio memainkan peranan yang sangat penting selepas membuat hantaran lintang. yang kemudiannya menemui Ronaldo, lalu mengunakan lutut untuk menolak bola ke jaring gol.

Asensio kemudianya menghasilkan satu lagi peluang buat Marcelo bula untuk menambah jaringan Los Blancos’, tiga minit kemudian melalui ‘cut-back’ dari sebelah kiriĀ  yang kemudiannya dijaringkan pemain Brazil itu selepas menerima bola yang dipantul oleh Marquinhos.