Agilan Thani: Kisah Ahli Gusti MMA Yang Memberi Inspirasi

0
1188
Agilan Thani

Agilan Thani atau nama gelarannya Agilan “Alligator” Thani merupakan seorang penggusti MMA yang baru berusia 22 tahun. Rekod cemerlangnya dalam “One Championship” menarik minat penulis untuk menyelami tentang kehidupan beliau.

Semenjak menyertai bidang professional pada tahun 2013 beliau telahpun mencatatkan 8 kemenangan daripada 9 perlawanan. Satu-satunya kekalahan beliau adalah kepada Ben “Funky” Askren yang mempunyai rekod 17 kemenangan tanpa kalah. Agilan tewas dalam pertarungan dalam kejohanan “One Championship” pada 26 May lalu.

Berikut adalah rekod perlawanan beliau dalam pertarungan profesional:

Latar Belakang Agilan “Alligator” Thani

Pemuda kelahiran Kuala Lumpur, Agilan “Alligator” Thani sentiasa mempunyai semangat yang kuat dalam mengharungi setiap perlawanannya, tetapi kisah disebalik kehidupannya sebelum bergelar ahli gusti professional amat memberi inspirasi. Pelbagai halangan yang beliau hadapi sebelum mencapai apa yang dicapai kini.

Dibesarkan di sebuah pangsapuri satu bilik tidur yang sempit dengan seorang bapa tunggal dan tiga orang ahli keluarganya yang lain, Thani setiap hari memberanikan diri berjalan kaki ke sekolah menyusuri kawasan kejiranan di Sentul, Kuala Lumpur .

Agilan Thani father

Walaupun seorang bapa tunggal, bapanya Thanigasalam menjaga Agilan Thani sebaik mungkin. Beliau menyediakan segala kelengkapan untuk anaknya, mendisiplinkannya, dan membelikan hampir apa sahaja yang dikehendaki Agilan.

Walau bagaimanapun, kesibukannya bekerja berjam-jam menyebabkan bapanya jarang dapat menghabiskan masa dengan Agilan Thani. Ayah Agilan Thani adalah seorang pengurus restoran yang menyelia beberapa restoran di seluruh Kuala Lumpur.

Kesibukan bapanya menjadikan Agilan Thani seorang yang bertanggungjawab. Semenjak “The Alligator” berumur 8 tahun, dia sudah mula membasuh pakaian, membersihkan rumah, membeli barangan runcit dengan wang yang disediakan oleh bapanya, dan memasak makanan sendiri. Dia juga terpaksa mengunci jam loceng sendiri untuk bangun ke sekolah, dan berjalan lebih dari 6km di kawasan Sentul secara bersendirian untuk pergi dan balik dari sekolah.

Agilan Thani Childhood

Malangnya, Thani dibuli setiap hari, dipukul terus-menerus, dan diseksa secara emosi setiap hari kerana  berat badannya. Kerana terlalu suka makan makanan ringan, berat Thani pernah mencecah 140 kilogram.

Pemuda ini pernah merasakan dirinya bersendirian. Beliau tidak pernah menceritakan kisah beliau di buli kepada bapanya dan menghadapinya seorang diri.  Kes buli tersebut berlaku kerana rakan-rakannya menganggap Thani seorang yang lembut dan mudah dijadikan sasaran.  Walaubagaimanapun beliau tidak pernah merungut kerana dia merasakan bahawa sesetengah orang mempunyai nasib yang lebih buruk daripada dia.

Kali pertama  beliau mengadu kepada bapanya tentang penderaan yang dihadapi beliau, bapanya berkata sekiranya beliau mengadu lagi kepada bapanya tentang masalah ini, bapanya akan menamparnya. Kerana menurut bapanya, masalah itu berpunca dari diri dia sendiri. Bapanya hanya akan membantu sekiranya masalah itu datang daripada dia. Semenjak itu, Thani tidak mengadu lagi tentang masalah itu.

Permulaan Baru Buat Agilan Thani

Akhirnya, penderaan lisan itu berkurang. Thani memulakan latihan di Monarchy MMA ketika beliau berusia 16 tahun dan kehilangan 10kg. Dengan kepercayaannya yang baru dibina melalui seni mempertahankan diri, beliau mula berdiri untuk dirinya sendiri dan semua pembulinya dahulu mula menjauhi beliau.

Setahun berlalu, Agilan fokus pada perjalanan seni mempertahankan dirinya dan tidak mempedulikan segala kata-kata yang cuba mempertikaikan usahanya. Selepas tamat pengajian, beliau hampir tidak dapat dikenali oleh semua yang pernah membulinya.
Agilan Thani fight

Beliau berubah menjadi seorang yang taksub kepada seni mempertahankan diri “welterweight” dan bekerja di gimnasium sepenuh masa. Beliau semakin jauh dari identiti kanak-kanak yang gempal yang digunakan oleh rakan-rakan untuk keseronokan mereka. Beliau berubah menjadi seorang pemuda yang mengasah kemahiran seni mempertahankan diri elit, bersama dengan keberanian dan kebijaksanaan untuk menggunakannya dengan bijak. Walaupun beliau pernah di dera jasmani dan psikologi, semangat Agilan Thani tidak pernah luntur.

Sepanjang perjalanan kariernya, beliau berjaya mencatat rekod seni mempertahankan diri amatur yang sempurna. Beliau berjaya memenangi “Kejohanan Welterweight MIMMA” dan memulakan kerjaya profesional dengan 7 pertarungan tanpa tewas.

Hari ini, beliau yang mendapat jolokan “Alligator” menuai segala usahanya dalam “One Championship” dengan mempamerkan kemahiran seni mempertahankan diri elitnya ke seluruh dunia.

Ayuh kita saksikan serba sedikit aksi Agilan “Alligator” Thani: