Ranking Malaysia Jatuh Satu Anak Tangga

0
918
Ranking Malaysia Januari 2018
Sumber imej: Facebook FAM

MALAYSIA jatuh satu anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila jatuh ke tangga 175  dalam ranking terbaru yang dikeluarkan badan induk dunia itu, hari ini.

Pada bulan lalu, Malaysia menunduki tangga ke-174 selepas tewas dua kali berturut-turut dengan jaringan 4-1 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 sekali gus menyaksikan Malaysia terlepas 13 mata untuk ranking FIFA.

Selepas aksi itu, tiada aksi antarabangsa melibatkan pasukan Malaysia sekaligus mengakibatkan ranking tersebut jatuh satu anak tangga. Antara faktor lain adalah Malaysia juga gagal mencatat kemenangan dalam aksi antarabangsa dalam tempoh setahun.

Ia juga ranking terburuk skuad Harimau Malaya sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu dan menyamai pencapaian terburuk negara pada April dan Mei tahun lalu.

Image may contain: 10 people, text
Kredit imej: Facebook FAM

Malaysia kekal 99 mata sama seperti bulan lalu, namun turun satu tangga berikutan Kuwait naik 15 anak tangga daripada tangga ke 189 sekaligus merampas kedudukan Malaysia ditangga ke-174. Kuwait juga merupakan pasukan yang paling banyak meningkat dalam ranking terbaru tersebut.

Selain daripada itu Suriname merupakan pasukan paling merudum dalam ranking tersebut apabila jatuh 32 anak tangga daripada tangga ke-129 kepada 160.

Selepas tersingkir daripada kelayakan Kejohanan Piala Asia 2019, pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada mengumumkan perletakan jawatan berikutan kegagalan beliau mencipta kemenangan dalam tujuh aksi antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan dan kelayakan Kejohanan Piala Asia 2019.

Image may contain: 3 people, people playing sports and people standing

Perletakan jawatan Nelo Vingada itu mendorong kepada kenaikan pangkat pembantu jurulatih, Tan Cheng Hoe yang diumumkan sebagai pengendali baru Harimau Malaya. Semenjak perlantikan itu tiada perlawanan persahabatan yang di atur untuk menguji kemampuan Tan Cheng Hoe selaku pengendali baru.

Malaysia bakal berhadapan Lubnan pada bulan Mac akan datang bagi melengkapkan jadual pusingan kelayakan Piala AFC. Walaupun telah gagal melayakkan diri dalam kejohanan itu, ianya masih penting dalam menentukan kedudukan ranking FIFA pada masa akan datang.

Diharapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang beberapa siri aksi persahabatan dalam masa terdekat untuk menguji skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebelum aksi terakhir kelayakan Kejohanan Piala Asia 2019 dan serba sedikit membantu memperbaiki kedudukan Malaysia.

Image may contain: 1 person, text and outdoor

Aksi positif skuad bawah 23 tahun dalam Kejohanan AFC Bawah 23 yang berlangsung di China juga diharap memberi  lebih pilihan buat Tan Cheng Hoe dalam memilih pemain buat skuad senior negara.

Walau apapun yang berlaku, ayuh kita kekal positif untuk skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Ayuh bangkit Harimau Malaya!!!