Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKPreview "London Derby" Pada Pagi Ini

Preview “London Derby” Pada Pagi Ini

Esok (11 Januari 2018) pagi, 0400jam, Chelsea akan ditemukan kembali dengan kelab sekampungnya di London, Arsenal, untuk bersaing di peringkat separuh akhir Piala Carabao first leg di Stamford Bridge. Hanya selang seminggu selepas saingan liga perdana Inggeris antara Chelsea dan Arsenal di Emirates Stadium yang dikatakan antara perlawan menarik tahun baru, berakhir dengan seri dua jaringan setiap kelab. hasil jaringan Jack Wilshere, Hazard(p), Marcos Alonso dan Hector Bellerin. Jaringan minit akhir dari Bellerin menyelamatkan Arsenal dari kekalahan yang dianggap tidak wajar oleh pengurus Arsenal,Wenger, kerana menganggap Hazard sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan penalti.

Wenger yang masih dalam hukumannya dan terpaksa duduk di bangku penonton kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil semasa perlawanan antara Arsenal dan West Brom yang berakhir dengan seri satu jaringan. Dia dikenakan hukuman EURO40,000 dan larangan memasuki padang sebanyak tiga perlawanan bermula dengan kekalahan Arsenal terhadap Nottingham Forest 4-2 di piala FA pada 8 Januari yang lalu. Wenger dikatakan tidak gusar untuk menentang Chelsea dengan berada di bangku penonton dan akan menurunkan tonggak harapan yang masih tidak mahu melanjutkan kontrak iaitu Ozil dan Sanchez. “kami bukan kumpulan yang akan berdiam diri di tempat lawan untuk menunggu pertemuan di padang sendiri. Kami juga kumpulan yang akan maju kehadapan. Kami tidak perlu menjadikan penalti dan masalah saya sebagai pengurus untuk melupakan kekuatan kami’’ kata Wenger.-sumber dari express.uk.co.

Pemain baharu Ross Barkley ke Chelsea dikatakan tidak diturunkan semasa perlawan ini. Kata Conte “Esok (Rabu malam UK, khamis pagi Malaysia) malam terlalu awal, terlalu-lalu awal untuk dia’’.-sumber dari skysports.com. Conte menyatakan lagi yang kesebelasan utama Chelsea untuk awal pagi esok masih kesebelasan utama diturunkan semasa menentang Arsenal pada 3 Januari yang lalu dengan hanya mengantikan Moses dan di bawa masuk Willian. Chelsea telah memenangi 4 dari 5 pertemuannya dengan Arsenal dalam pertandingan ini termasuk semasa separuh akhir dalam mengejar trofi itu pada tahun 1997-98 dengan memenangi 4-3 berdasarkan aggregate.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments