Pelbagai Taktik Defensif Di Dalam Bolasepak

0
1773

Terdapat pelbagai jenis taktik defensif yang digunapakai oleh kelab-kelab tertentu dan kadang-kadang berbeza dan tidak pernah diguna oleh kelab-kelab lain. Sesuatu kumpulan perlu mengetahui apakah taktik yang digunakan dalam satu permain serta kadang-kadang lebih dari satu taktik yang digunapakai dalam satu perlawanan.  

Akan dibincangkan beberapa taktik-taktik defensif yang ‘common’ dan sering digunakan di dalam padang.

Team Defensive Tactics

Taktik ini memerlukan lebih dari empat orang di bahagian pertahanan. Di mana selalunya memerlukan beberapa orang untuk bertukar posisi seperti tengah ke tepi atau dari kanan ke kiri. Hal ini kerana akan melemahkan taktik serangan dari pihak lawan dan dapat melengahkan beberapa serangan.

Contoh kelab: Chelsea FC

Edited by: Sayap

‘Early Team Defending’

Taktik ini digunakan untuk mengekang pihak lawan yang lebih cekap atau taktik ini lebih dikenali sebagai ‘marksman’. Taktik ini memerlukan pemain dari bahagian pertahanan SERTA bahagian tengah untuk merampas bola lebih awal dan tidak melepasi bahagian 1/2 padang. Selalunya juga digunapakai apabila kumpulan itu sedang mengawal bola melebihi dari ¾ kawasan padang. 

Contoh kelab: Barcelona CF

Photo by: professionalsocercoaching.com

‘Late Team Defending’

Taktik ini sebenarnya lebih ‘straightforward’ di mana terdapat kapten di bahagian pertahanan yang memberi arahan bila untuk memberi tekanan dan berdepan dengan penyerang pihak lawan MENGIKUT taktik yang dikenalpasti digunakan oleh pihak lawan. Juga sering dikaitkan dengan ‘offside trap’.

Contoh kelab: majoriti kelab menggunakannya di saat agak genting/mencari kemenangan.

‘Man-to-Man Marking’

Beberapa orang dalam kumpulan di beri arahan untuk menjaga beberapa pihak lawan untuk mendapatkan ‘advantage’. Kebiasaannya memerlukan pertahanan di bahagian sayap serta beberapa individu di bahagian tengah padang. Dengan ini dapat menutup pergerakan seperti hantaran pendek serta ‘counter attack’.  

Contoh kelab: Manchester United.

Photo by: talkfootball.co.uk

‘Zone Defense’

Taktik ini memerlukan pemaian bahagian pertahanan serta bahagian tengah untuk menjaga kawasan yang telah ditetapkan. Keadaannya seakan-akan ‘man-to-man marking’ tetapi hanya memerlukan pemain untuk kekal di posisi masing-masing. Kebanyakkan kelab menggunakan taktik ini sebagai alternatif apabila gagal mendapatkan kawalan bola. 

Contoh kelab: majoriti kelab menggunakanya di saat agak genting/mencari kemenangan.

Photo by: talkfootball.co.uk

Sumber: HumanKinetics