Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKMelaka United Ungguli 'Naning Derby'

Melaka United Ungguli ‘Naning Derby’

Melaka United kembali memperolehi kemenangan selepas kekalahan 1-4 kepada Selangor pada 7 Febuari lalu. Kali ini Melaka United menundukkan jiran mereka Negeri Sembilan dalam “Naning Derby” yang berkesudahan 3-0.

Eduaurdo Almeida melakukan sedikit pada kesebelasan utama Melaka United dengan membawa masuk R Gopinathan dan kembali meletakkan Nicholas Swirad di bahagian pertahanan.

Melaka United mempamerkan aksi permainan yang menghiburkan sejak tiupan wisel pertama dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati dalam melancarkan serangan dalam 15 minit pertama perlawanan.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Football Malaysia LLP

Tuan rumah, Melaka United mula menggandakan asakan dan memiliki peluang terbaik pada minit ke 19. Namun percubaan Yahor Zubovich terbias pertahanan lawan.

Melaka United memperolehi sepakan percuma seminat selepas itu. Sepakan percuma yang diambil R. Surendran walaubagaimanapun gagal ditanduk Steven Thicot dan menyebabkan Melaka United terlepas peluang.

Dalam usaha pasukan Melaka United melakukan serangan, Negeri Sembilan berjaya mencuri peluang dengan Khairul Izuan Rosli melakukan percubaan. Walaubagaimanapun percubaan tersebut digagalkan pertahanan import Melaka United, Steven Thicot.

Melaka United akhirnya menemui jaringan pertama pada minit ke-31 selepas penjaga gol Negeri Sembilan, Saiful Amar Sudar gagal rembatan deras R. Gopinathan dari luar kotak penalti sebelum Zubovich mudah menolak masuk bola muntah tersebut.

Image may contain: 7 people, people smiling
Kredit imej: Melaka United Media

Zubovich sekali lagi menjadi pemusnah berikutan kesilapan Saiful yang menampan bola ke arah penyerang itu dalam situasi sepakan sudut yang diambil Shahdan Sulaiman pada minit ke-40 untuk Melaka menamatkan separuh masa pertama selesa mendahului 2-0.

Bermula separuh masa kedua perlawanan, Negeri Sembilan melakukan pertukaran dibahagian serangan apabila membawa masuk Aroon Kumar yang beraksi di bahagian sayap kanan bagi menggantikan Noor Hazrul.

Skuad Jang  cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan cuba melakukan serangan bertali arus. Ini menyebabkan pemain-pemain Melaka berkampung dikawasan sendiri untuk menyerap segala serangan.

Negeri Sembilan akhirnya berjaya memperolehi jaringan yang disempurnakan Fakhrul Aiman Sidid namun ianya bdibatalkan berikutan beliau berkedudukan offsaid.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Football Malaysia LLP

N. Thanabalan dimasukkan bagi memperkemaskan jentera serangan Negeri Sembilan, namun masih belum cukup untuk mengubah kedudukan.

Sebaliknya berlaku, apabila Melaka kembali menguasai permainan dan berjaya memperolehi gol ketiga pada minit ke-71 hasil jaringan R. Gopinathan. Gol terhasil apabila Gopinathan mudah menolak masuk hantaran Zubovich dari sebelah kiri untuk menewas kan Saiful Amar Sudar.

Jaringan R. Gopinathan itu sekaligus membunuh semangat Negeri Sembilan untuk bangkit dan meyaksikan keputusan berpihak kepada Melaka United dengan jaringan 3-0 sehingga tamat perlawanan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments