Manchester City tidak mampu mencapai ‘invincible’

0
974

Takhta ‘invincible’ masih di pegang oleh Arsenal FC 03/04 apabila sekali lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang cuba mengekalkan rekod tanpa kalah gagal.

                                                            (Photo by: YouTube)

Takhta itu telah cuba dikejar Chelsea FC 16/17 tapi gagal di tangan Spurs. Kali ini Liverpool mematahkan cubaan tangga pertama liga iaitu Manchester City dengan kekalahan 4-3 di Anfield.

                                                       (photo by: The Sun)

Skuad Pep Guardiola itu di hancurkan pada minit ke 68 lagi apabila Mohamed Salah menjaringkan gol ke-4 Liverpool. Yang kemudiannya Silva dan Gundogan menjaringkan gol ke-2 dan 3 City bagi merapatkan jurang sebelum wisel penamat ditiupkan.

 

 Persembahan terbaik Salah apabila disenaraikan sebagai kesebelasan pertama menyebabkan momentum City agak merudum. Kepantasan Salah membantu bahagian bawah mengakibatkan Aguero dan Sterling terganggu.

(Photo by: mirror.uk)

Salah terlibat dalam dua jaringan terakhir Liverpool. Persembahan ditunjukkan mendapat pujian baik dari bekas pemain pertahanan lagenda Liverpool, Jamie Carragher.

 

I think that the start Salah’s made, I can’t actually think of a Liverpool signing who’s ever in the history of the club made a better start as a signing,

Jamie Carragher

                                           (Photo by: Wikipedia)

Pep berkata hasrat untuk tidak merasakan kekalahan dalam sesuatu liga adalah suatu permintaan yang mustahil. Tetapi baginya kekalahan itu memberi peluang untuknya merasakan sesuatu yang lebih mencabar dan memberinya peluang untuk lebih bersedia menghadapi kekalahan yang lebih mengejutkan seperti Manchester United.

Itu kekalahan pertama kami. Kami perlu menghadapinya dengan situasi sebergitu sehingga menyedarkan kami bahawa kami telah cuba sedaya upaya dan jangan terlalu mengharapkan masa depan yang lebih cerah. Kami perlu lebih bersedia dan berusaha.

 

Tanda kekalahan ini membuka mata Pep untuk lebih bersedia menghadapi perkara yang lebih penting iaitu perlawan antara Bristol di peringkat separuh akhir Piala Liga. Guardiola berkata kekalahannya di Anfield hanya untuk memberi semangat dan suasana yang lebih hangat daripada biasa.

 

Kekalahan itu di luar kawalan kami

Kita perlu mencuba untuk kekal stabil, bahkan ianya bagus bagi kami untuk bersedia lebih baik bagi menghadapi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan separuh akhir Piala Liga.

 

Tetapi kami cuba mengekalkan momentum dan mendapat dua gol, dan itu sahaja.

 

Permainan bola tidak dapat dijangka

                                      Pep Guardiola (photo by: The sun)