Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKLiridon Bakal Kekal Di Kedah?

Liridon Bakal Kekal Di Kedah?

Pada 3 Januari lalu hangat berkenaan berita berkenaan sebuah kelab Ligue 1, Perancis ingin mendapatkan pemain import utama pasukan Kedah, Liridon Krasniqi. Berita itu dimaklumkan melalui laman web telegrafi.com

Menurut laman web tersebut, pemain berusia 25 tahun tersebut akan ke Perancis selama dua hari bersama ejen beliau untuk membuat pertemuan akhir dengan pengurusan kelab Angers SCO.

Liridon, Telegrafi

Angers SCO pada ketika itu dijangka sanggup menebus kontrak Liridon bersama Kedah yang hanya akan berakhir pada Jun 2019. Angers dijangka membayar 500 ribu Euro (RM 2.4 juta) untuk mendapatkan khidmat Liridon. Walaubagaimanapun sehingga hari ini, tiada lagi pengumuman rasmi mahupun dari Angers SCO, Kedah, Liridon mahupun ejennya berkenaan masa depan pemain itu.

Semalam penulis meninjau akaun instagram “liridonkrasiniqi_8” dan mendapati Liridon memaklumkan bahawa beliau dalam perjalanan meninggalkan Kosovo. Namun destinasi sebenar beliau tidak dapat di sahkan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah suatu video dalam paparan ‘instagram story’ beliau menunjukkan beliau seolah-olah dalam keretapi sambil membuat lambaian selamat tinggal kepada kenalan beliau. Sesuatu yang menarik apabila sahabat Liridon menulis perkataan ‘PULUN’ pada cermin keretapi sebelum ianya berlepas. Ianya seolah petanda bahawa Liridon bakal kekal di Kedah.

Liridon IG Pulun

Sinar Harian semalam turut melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal mendapatkan penjelasan daripada Liridon sendiri berkenaan desas-desus tersebut. Liridon yang masih belum pulang ke Kedah untuk menjalani sesi latihan yang telah bermula memaklumkan bahawa beliau akan terus terbang ke Surabaya, Indonesia di mana kedah bakal menghadapi kejohanan jemputan “Piala Suramadu” yang bakal bermula 8 hingga 12 Januari.

Menurut Penolong Pengurus KFA, Haris Che Mat, Liridon mengesahkan kehadiran beliau di Surabaya melalui aplikasi “Whatsapp”. Disitulah segalanya bakal terjawab tentang masa depan Liridon. Apapun keputusannya Liridon harus memberi penjelasan kepada majikan beliau. Sekiranya beliau mahu dilepaskan persetujuan diperlukan kedua-dua pasukan dalam melakukan perpindahan tersebut.

Liridon 1

Untuk rekod, Liridon mula menyertai Kedah pada musim 2015 dan dilihat sebagai jentera utama menggerakkan bahagian tengah Kedah. Pada musim lalu, Liridon menerima anugerah Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Popular dala Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017.

Beliau cemerlang membantu Kedah menjuarai Liga Perdana 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih dan Piala FA musim lalu. Khidmat beliau pasti ditagih pasukan Kedah untuk menghadapi musim ini.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi daripada KFA selepas mendapatkan penjelasan beliau.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments