Wednesday, June 19, 2024
HomeBOLA SEPAKFiorentina 1 AC Milan 1: Milan Gagal Catat Kemenangan

Fiorentina 1 AC Milan 1: Milan Gagal Catat Kemenangan

AC Milan meneruskan prestasi terumbang ambing apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Fiorentina di Stadium Artemio Franchi pada Sabtu.

Hakan Calhanoglu berjaya memadam kelebihan gol pembukaan Giovanni Simeone apabila AC Milan bangkit untuk memastikan keputusan seri dalam perlawanan malam tadi.

Sebelum ini anak-anak buah Gennaro Gatusso mengetepikan cabaran Inter Milan dalam saingan ‘Coppa Italia’ pada rabu lalu namun mereka hampir-hampir menerima kekalahan ketiga berturut-turut tanpa menjaringkan sebarang gol apabila Simeone menanduk masuk hantaran lintang Christiano Brochi pada minit ke-71.

Walaubagaimanapun, kelebihan gol Fiorentina itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Calhagnolu meledak gawang pasukan tuan rumah melalui rembatan jarak dekat sekaligus menafikan kekalahan kali ketiga berturut-turut buat Milan dalam Serie A buat kali pertama semenjak November 2001.

Perlawanan yang pada awalnya agak suram menjadi rancak selepas minit ke-70. Perlawanan ini juga menyaksikan penjaga gol Milan, Gianluigi Donarumma membuat penampilan ke-100 bersama kelab San Siro itu.

Donarumma 100 appearances with Milan

Kecederaan pangkal peha pada perlawanan lalu memaksa abangnya Antonia mengambil alih tugas belia ketika menentang Inter. Namun Donarumma kembali pada perlawanan di Stadium Artemio Franchi ini yang menyaksikan beliau beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan Simeone, Gil Dias dan Milan Badelj pada separuh masa pertama.

Walaubagaimanapun Donarumma gagal menyelamatkan tandukan deras Simeone sebelum Calhagnolu bertindak balas untuk membolosi Viola buat kali pertama dalam 499 minit saingan liga untuk memastikan satu mata buat Milan.

Tempo perlawanan agak rancak pada awal permainan, namun selepas 39 minit tiada percubaan yang dapat dilakukan kedua-dua pasukan ke arah gawang gol lawan. Satu keputusan kontroversi berlaku apabila Simeone dijatuhkan apabila beliau dilihat ingin melakukan percubaan berhampiran kotak penalti.

Fiorentina vs AC Milan

Kekasaran itu hanya menyaksikan Alessio Romagnoli hanya menerima kad kuning. Sepakan percuma yang diambil Jordan Veretout susulan kekasaran itu hanya terkena benteng pertahanan.

Tiga minit kemudian, Donarumma terpaksa keluar dari posisinya untuk menahan bola hasil percubaan Simeone. Pada masa kecederaan, penjaga gol ini sekali lagi beraksi cemerlang untuk menolak tandukan Dias dan bola mencecah palang. Fiorentina menghabiskan separuh masa pertama dengan keyakinan,

Fiorentina hanya memerlukan dua minit selepas bermula pada separuh masa kedua untuk melakukan percubaan pertama. Namun kecemerlangan Donarumma menjatuhkan badan di sebelah kanan berjaya menyelamatkan percubaan lencong Badelj.

Pasukan pelawat melakukan serangan lewat selepas itu apabila Suso masuk dari sebelah kiri dan melakukan rembatan namun berjaya ditolak keluar Marco Spotiello.

Calhanoglu

Simeone kemudiannya berjaya menewaskan Donarumma apabila beliau tidak dikawal dan melakukan tandukan deras dari jarak dekat. Kelebihan itu dipadam dengan pantas apabila Sportiello hanya berjaya menampan percubaan Suso namun bola yang bergolek di rembat deras Calhanoglu sebelum menerjah jaring.

Sportiello berjaya mengagalkan percubaan pemain gantian, Andre Silva pada minit terakhir untuk memaksa kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments