CHICHARITO FOKUS PIALA DUNIA

0
1208

Javier Hernandez atau lebih dikenali sebagai Chicharito sedang bergelut untuk mendapat peluang untuk bermain bersama ‘the Hammers’ selepas pelantikan David Moyes November yang lalu.

 

Chicharito dikatakan sedang bersemangat untuk kembali ke kelab lamanya iaitu Bayer Leverkusen untuk meningkatkan peluang bermain di Rusia, Jun nanti.

 

Photo by: Sky Sports

Chicharito  membuat taruhan untuk ke German selepas pemain berumur 29 tahun itu yang juga sedang bergelut untuk mewakili negaranya, selepas menjaringkan 49 dari 99 perlawanan antarabangsa.

 

Selepas perpindahannya ke West Ham United kurang memberansangkan apabila dia hanya bermain dua perlawanan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Moyes.

 Photo by: Daily Images

Bahkan dia juga hanya berpeluang untuk bermain 3 perlawanan dari 6 perlawanan Mexico yang terakhir, berkata yang dia akan berusaha sedaya upaya  untuk mendapatkan tempat di Piala Dunia.

 

Photo by: The Sun

Walaupun Chicharito menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk Mexico tidak memastikan yang dia akan mewakili Mexico untuk ke Rusia nanti.

 

ya! Ia adalah mengapa saya ingin pergi. Bukan kerana saya tidak suka West Ham, tetapi saya perlukan beberapa minit di atas padang

 

Piala Dunia semakin hampir dan saya ingin bermain. Tapi kamu dapat lihat, walaupun ejen saya kata saya ingin meninggalkan the Hammer, tetapi saya akan lakukan segalanya yang saya boleh ketika masih menyarung jersi West Ham untuk membantu kelab saya

 

Photo by: HITC

Saya menjaringkan satu gol ketika bertemu Bournemouth, saya cuba untuk bermain sebaik mungkin untuk Piala [FA][Kekalahan 2-0 terhadap Wigan Atletic] dan, pada perlawanan yang terakhir, bertemu Crystal Palace, saya cuba sedaya upaya, saya seorang pemain yang professional dan saya ingin melakukkannya.

 

Kata-kata boleh datang dan pergi, Cuma aksi yang akan berkata untuk diri mereka.

 

Sekarang pintu perpindahan telah ditutup dan saya masih di sini, dan saya akan mencuba untuk mencapai tujuan utama saya untuk kelab iaitu terselamat dari tersingkir. Dan, ketika musim panas, kita tunggu dan saksikan bersama-sama.

Katanya kepada daily Mirror selepas tutupnya jendela perpindahan