Monday, May 20, 2024
HomeBERITA SEMASADavid Moyes Gembira Dengan Kontrak Pendek di West Ham United

David Moyes Gembira Dengan Kontrak Pendek di West Ham United

David Moyes berkata beliau selesa dengan kontrak jangka pendek selama 6 bulan yang diberikan padanya di West Ham United.

Bekas pengurus kepada Everton, Manchester United dan Sunderland ini telah dilantik sebagai pengurus baru dalam tempoh 24 jam selepas  West Ham United memecat Slaven Bilic.

Embed from Getty Images

Misi utama beliau ialah mengeluarkan pasukan dari zon penyingkiran liga sebelum penilaian kontrak nya akan dilakukan ketika hujung musim.

Moyes telah memberitahu kepada media :

kami telah mempersetujui terma kontrak dimana kedua pihak sangat selesa.mari selesaikan tugas ini dan kita akan bercakap mengenai kontrak pada hujung musim nanti

Pelantikan Moyes nampak nya tidak mendapat sokongan penyokong West Ham kerana rekod buruk nya di Sunderland sehingga tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Beliau juga tidak mempunyai rekod baik semasa di Manchester United dan Real Sociedad.

Tetapi di Everton selama 11 tahun beliau menikmati masa terindah ketika menjadi pengurus. Disebabkan faktor ini pemilik David Sullivan dan David Gold telah memilih beliau.

Mesej beliau kepada penyokong nya sangat mudah, “Jangan berhenti menyokong pasukan ini kerana tugas saya adalah untuk membawa pasukan kembali ke kedudukan yang sepatutnya” .

Embed from Getty Images

Bagi pemilik Sullivan pula, ” Ini adalah pertama kali dalam sejarah 8 tahun kelab kami melantik pengurus baru ketika pertengahan musim”

“Kami memerlukan seseorang yang berpengalaman, berpengetahuan tinggi dalam Liga Perdana Inggeris dan pemain di dalam nya. Kami percaya David Moyes adalah yang paling sesuai untuk mengembalikan kegemilangan kelab dan mendapatkan yang terbaik dari pemain”.

“Beliau telah buktikan kualiti nya ketika bersama Everton dahulu dan kami di West Ham akan berikan kembali kepada beliau platform untuk bersinar kembali,” kata Sullivan lagi.

Untuk David Moyes kami ucapkan selamat berjaya bersama kelab baru. Kami yakin ini adalah masa sesuai untuk anda bangkit kembali. Dan untuk pemilik, berikan sokongan penuh kepada pengurus yang telah dilantik.

Apa pendapat anda mengenai pelantikan David Moyes ini?

Baca Juga : Video: Lihat Bagaimana Liverpool Menjaringkan 4 Gol Ketika Bertemu West Ham

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments