Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAK'The Bos Gaurus' Tumbangkan 'Red Giants'

‘The Bos Gaurus’ Tumbangkan ‘Red Giants’

Baki perlawanan LS 5 yang berlangsung hari ini mempertemukan pasukan Perak dan Selangor di Stadium Lumut, Perak.

Pasukan tuan rumah, Perak menggunakan formasi 4-4-2  dengan meletakkan Wander Luiz dan Gilmar Da Silva selaku penyerang berkembar manakala barisan tengah dikemudi Nashir Basharudin dan Leandro Dos Santos.

P. Maniam pula merencanakan formasi 4-3-3 dengan Amri Yahya, Joseph Kalang Tie dan Rufino Segovia dibarisan hadapan.

Separuh Masa Pertama

Selangor memulakan permainan namun Perak terlebih dahulu memperolei sepakan penjuru seawal minit pertama perlawanan. Sepakan yang diambil Wander Luiz itu berjaya ditanduk kedalam Gilmar Da Silva sebelum disambung Leandro Dos Santas namun digagalkan pertahanan lawan.

Perak terus menggandakan asakan demi asakan untuk mencari gol di awal permainan.  Manakala pasukan Selangor masih mencari-cari rentak dalam mengatur serangan dalam 10 minit pertama.

Perak dihadiahkan sepakan penjuru pada minit ke-9 selepas Wilian Pachecho menjatuhkan Gilmar Da Silva betul-betul diluar kotak penalti sebelah kiri gawang Perak. Walaubagaimanapun sepakan percuma yang diambil Wander Luiz sedikit tinggi melewati palang gol.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Joseph Kalang Tie menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad kuning pada minit ke-11 selepas beliau melakukan terjahan keras dari belakang ke atas Gilmar Da Silva.

Shahrul Saad hampir membuka akaun jaringan buat Perak selepas melakukan sepakan jarak jauh dari tengah padang pada minit ke-13. Sepakan lambung tersebut hampir memerangkap Khairul Azhan namun beliau sempat menguis keluar bola tersebut.

Perak akhirnya menemui jaringan pertama menerusi gol sendiri Ashmawi Yakin. Gol tersebut berpunca dari lontaran ke dalam jarak jauh Nasir Basharudin yang cuba mencari Gilmar Da Silva namun percubaan Ashmawi Yakin membuat kawalan tertanduk ke dalam gol sendiri pada minit ke-23.

Image may contain: 7 people, outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Khairul Azhan sekali lagi diuji pemain Perak pada minit ke-28. Walaubagaimanapun sepakan percuma yang diambil Nazirul Naim Che Hashim berjaya ditumbuk keluar Khairul Azhan.

Selangor ternyata kehilangan punca apabila gagal mengatur serangan dan terpaksa kekal bertahan bagi menyerap segala cubaan serangan yang diatur pemain-pemain Perak. Wilian Pacheco antara yang berkerja keras dibarisan pertahanan Selangor dalam usaha mmengekang asakan Perak.

Kenny Pal Raj menggandakan kedudukan buat Perak pada minit ke-34 menerusi gerakan yang dimulakan Gilmar Da Silva yang melorongkan bola kepada Norhakim Hassan yang membuat larian di sebelah kiri untuk beliau melakukan cut back sebelum Wander Luis menolak kebahagian half space sebelum di sambar Kenny Pal Raj untuk gol kedua Perak.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Walaubagaimanapun Kenny Pal Raj terpaksa dikeluarkan 4 minit selepas jaringan tersebut berikutan kecederaan beliau dalam usaha menjaringkan gol tersebut dan bertembung dengan Khairul Azhan. Nazrin Nawi menjadi pilihan Mehmet Durokovic untuk menggantikan Kenny Pal Raj.

Berbaki lima minit perlawanan, Selangor cuba mengatur gerak dari barisan pertahanan namun kawalan permain perak terhadap pemain Selangor menyukarkan gerakan tersebut.

Joseph Kalang Tie berjaya meledak rembatan dari jarak jauh pada minit ke-43 namun sedikit tersasar dan menghampakan penyokong Selangor.

Dalam usaha Selangor merapatkan kedudukan, Perak menghukum pertahanan Selangor menerusi “counter attack” yang disempurnakan Gilmar Da Silva dalam masa kecederaan  separuh masa pertama untuk gol ketiga Perak.

Image may contain: 2 people, outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Perak masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan selesa mendahului 3 gol.

Separuh Masa Kedua

Selangor melakukan pertukaran pertama apabila memesukkan Norazlan Razali bagi menggantikan Khairul Azhan.

Bermula separuh masa pertama Selangor terus mengatur serangan dan hampir memperolehi sepakan penalti apabila Rufino Segovia dijatuhkan oleh Shahrul Saad didalam kotak penalti namun penjaga garisan telah terlebih dahulu mengesan kedudukan Rufino yang offside.

Pada mint ke-67 menyaksikan Gilmar Da Silva berjaya bergerak secara solo di sebelah kiri sebelum meledak rembatan namun tepat ke dakapan Norazlan Razali.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Selangor hampir memperolehi gol pertama pada minit ke-63 menerusi Joseph Kalang Tie yang berjaya melakukan rembatan tepat kearah pintu gol selepas menerima hantaran Rufino Segovia. Walaubagaimanapun tindakan pantas Nazirul Naim berjaya menanduk bola keluar di atas garisan gol.

Gilmar Da Silva sekali lagi berjaya  melakukan percubaan tepat pada minit ke-65 kali ini dari sebelah kanan namun berjaya ditampan Norazlan Razali sebelum terkena tiang dan ditangkap semula.

Giliran Amri Yahya melakukan percubaan dari dalam kotak penalti pada minit ke-68 namun sedikit tersasar disebelah kanan gawang yang dikawal Hafizul Hakim.

Perlawanan lebih seimbang pada separuh masa kedua apabila Selangor dilihat lebih menguasai permainan namun mereka masih gagal menewaskan barisan pertahanan Perak. Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan namun tiada percubaan berbahaya berjaya dilakukan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Perak terpaksa mengelarkan Norhakim Hassan yang beraksi cemerlang pada minit ke -83 dan memasukkan pemain kebangsaan Filipina, Misagh Bahadoran.

Berbaki lima minit perlawanan, Willian Pachecho dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Nasir Basharudin yang bergerak lincah dihadapan kotak penalti. Selangor terpaksa bermain 10 orang dalam baki masa perlawanan.

Walaupun bermain 10 orang, Selangor tidak berputus asa untuk sekurang-kurangnya mencari gol saguhati. Walaubagaimanapun beberapa gerakan yang dillakukan masih gagal menembusi pertahanan lawan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Perak TBG

Selangor berjaya melakukan percubaan selepas Hafizul Hakim keluar daripada posisi dalam masa kecederaan namun percubaan Rufino Segovio berjaya ditanduk keluar Robert Cornwaithe.

Empat minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan kedua-dua pasukan. Perak berjaya mencatatkan kemenangan 3-0.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua buat Perak musim ini dan meletakkan mereka ditangga ke-6 Liga manakala Selangr berada ditangga ke-8 selepas tewas 3 daripada 5 perlawanan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments