Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKAdakah David Moyes Calon Yang Sesuai Untuk West Ham?

Adakah David Moyes Calon Yang Sesuai Untuk West Ham?

Pada 6 November yang lepas, Slaven Bilic telah dipecat sebagai pengurus West Ham selepas kekalahan yang memalukan keatas Liverpool dengan jaringan 4-1.Ianya telah memaksa pengurusan West Ham untuk memecat Slaven Bilic dan ianya pilihan yang amat sukar bagi West Ham untuk melepaskan pengurus tersebut.

Selepas pemecatan Bilic, pengurusan West Ham telah mencari pengganti bagi mengisi kekosongan pengurus di kelab yang terletak di Timur London.Apa yang mengejutkan pada peminat West Ham di seluruh negara di dunia ini, mereka telah memilih seorang pengurus yang bertauliah yang pernah mengendali beberapa kelab di benua Eropah. Bak kata orang Inggeris, “The Man, the Myth, the Legend”, ianya David Moyes.

Dengan pelantikan David Moyes, dapatkah beliau merubahkan West Ham dari pasukan belasahan kepada pasukan yang kuat seperti West Ham yang dahulu?Adakah David Moyes merupakan pengurus yang tepat bagi pasukan West Ham?
Ketika beliau melakukan ‘press conference’ yang pertama untuk pasukan West Ham, jawapan yang diberi oleh beliau amatlah tidak meyakinkankepada media dan juga kepada penyokong West Ham tersendiri. Jelas jawapan beliau sangatlah ‘nervous’ kerana niat beliau untuk meyakinkan media dan penyokong tetapi tidak sampai kedalam hati mereka.Lihat video di bawah ini.

Disebabkan itu, pihak media telah memberi respon yang agak buruk di media sosial mahupun surat khabar mereka dan tidak boleh kita lupakan adalah media menyifatkan Moyes adalah seorang ‘zombi’ yang telah datang mengurus West Ham daripada teruk kepada menjadi lebih teruk.

Di sini saya titikkan apa kekuatan dan juga kelemahan jika beliau mengurus sesuatu kelab mengikut cara beliau dari segi taktikal dan juga pengurusan pemain. Moyes rekod yang ada pada beliau pada ketika ini amatlah tidak memberangsangkan walaupun beliau telah membawa Everton dengan jayanya, mengemudi kelab Manchester United selepas persaraan Sir Alex Ferguson, kelab Real Sociedad danjuga Sunderland.

Teams Win percentage
Preston 48.3%
Everton 42.1%
Manchester United 52.9%
Real Sociedad 28.6%
Sunderland 18.6%

Semua kelab yang beliau mengemudi ditamatkan dengan amat teruk tetapi dengan pelbagai versi.Rekod pengendalian Moyes menunjukkan hanya sekali sahaja yang beliau mengecapi pencapaian yang membanggakan pada beliau iaitu kadar kemenangan melebihi 50% ianya daripada kelab Manchester United, berjumlah 52.9%.

Senarai pengurus yang pernah memenangi Pengurus Tahunan

Manager Win Years
Sir Alex Ferguson 4 1999,2008,2011,2013
David Moyes 3 2003,2005,2009
Arsene Wenger 3 2002,2004
Steve Coppell 2 2006,2007

Tetapi, anda perlu tahu bahawa beliau telah memenangi Pengurus Tahunan sebanyak 3 kali daripada Persatuan Pengurus Liga di negara United Kingdom.Moyes menduduki di tempat kedua di bawah Sir Alex Ferguson yang telah memenangi pencapaian tersebut sebanyak 4 kali.

David Moyes dikenali sebagai pengurus yang amat teliti dan juga sentiasa bersiap sedia bagi pasukan.Beliau selalu menggunakan 2 formasi, antaranya ialah 4-4-1-1 ataupun 4-2-3-1.Cuma perbezaannya adalah setinggi manakah pemain di bahagian ‘wide area’ akan bermula ataupun pemain tersebut akan terletak di half space jika beliau ingin pemain beliau terletak di bahagian tepi sahaja atau beliau akan mengarahkan pemain untuk melakukan ‘cut inside’ kebahagian tengah.

Kebanyakkan taktikalvariasi untuk formasi beliau adalah spesifik iaitu berdasarkan dari skill individu seseorang pemain dan juga dicipta untuk membalas kekuatan yang ada pada pasukan lawan.Penggunaan taktikal ini ianya memberi ‘pro and cons’ pada pasukan ini.

Kelemahannya adalah kita dapat melihat bahawa tiada konsintensi pada pemain.Justeru anda dapat melihat kesebelasan utama sering bertukar pada setiap perlawanan yang berbeza.Manakala untuk kebaikan pula ialah ianya memberi kehadiran pada pemain untuk bersedia bagi menyesuaikan diri untuk taktikal beliau.

Semasa beliau mengendali di Everton, di mana kelab yang memberi kenangan manis bagi beliau walaupun diberi dengan modal untukmembeli pemain dengan agak sedikit, beliau banyak menggunakan formasi 4-4-1-1 dengan memberi penekanan untuk menyerang di bahagian tepi. Dengan kehadiran Seamus Coleman danjuga Leighton Baines yang bertenaga kuda ini, mampu memberi banyak kebaikkan dari segi menyerang untuk memberi support pada rakan dan juga bertahan secara solid.

Pemain midfield di bahagian tepi pula dengan adanya pemain yang berteknikal seperti Steven Pienaar, Leon Osman, Kevin Mirallas ataupun Ross Barkley, mereka akan diarahkan untuk melakukan serangan dari bahagian tepi ketengah padang bagi memberi kepadatan di bahagian tengah. Ianya juga memberi ruang kepada pemain fullback mereka membuat ‘overlapping’ dan mencipta ruang opsyen bagi pemain tengah untuk melakukan passing pada mereka.

Moyes selalunya akan bergandingkan pemain tengah di bahagian tepi bersama dengan 2 pemain yang diberikan tugasan sebagai ‘deep lying playmaker’ yang boleh beroperasi untuk membuat build up dari belakang dan juga membantu pertahanan di belakang merekaseperti Darren Gibson dan juga Phil Neville. Phil Neville merupakan pemain yang versatil dan boleh beroperasi sebagai fullback ataupun di bahagian tengah.

Tugas bagi Gibson dan Neville ini ialah mereka akan memberi support pada bahagian pertahanan dan juga memberi arahan kepada pertahanan mereka. Gibson dan Neville akan berusaha untuk melakukan interceptions dan tackling bagi mendapatkan kembali bola kepada mereka untuk melakukan ball possession sebelum memberi passing yang berbahaya kebahagian tepi.

Pastinya akan ada persoalan pada peminat bolasepak yang lain, mengapakah Moyes sering memberi penekanan pada pemain untuk melakukan serangan di bahagian tepi? Ini kerana Moyes ingin pemain melakukan banyak crosses ke dalam kotak penalti. Oleh itu, beliau sering menggunakan pemain yang berfizikal kuat dan tinggi bagi mendapatkan bola dari crossing seperti Tim Cahill dan juga MarouaneFellaini.

Di bahagian serangan, Moyes sering menggunakan penyerang yang diberi role sebagai Poacher. Ini kerana beliau akan mengarahkan penyerang mereka untuk melakukan larian bagi menarik pemain pertahanan lawan untuk mengiku tmereka. Justeru, ianya memberi kekosongan pada bahagian tersebut untuk pemain no.10 mengekspolitkan di ruangan tersebut di antara penjaga gol dan juga pertahanan.Disebabkan itulah, Marouane Fellaini menjadi efektif dan menjadi pemain yang berbahaya pada ketika itu.

Jadi tidak hairanlah Everton direkodkan mempunyai banyak tandukan kearah pintu gol untuk melakukan gol dan juga ‘on target’ daripada semua pasukan yang ada pada ketika itu di Liga Perdana Inggeris.Maka, bagi West Ham pula ianya juga memberi nilai yang amat baik pada mereka kerana West Ham sendiri juga menggunakan cara yang hampir sama ketika Bilic menjadi pengurus.

JumlahTandukan
Stats dari Mac 2002 – Jun 2013

Team Headed Shot On Target Headed Goals
Everton 998 398 133
Liverpool 963 347 92
Aston Villa 917 335 107
Manchester United 891 365 136
Chelsea 871 330 136
Bolton 773 299 93
Fulham 757 282 79
Tottenham 757 269 82
Arsenal 750 297 110
Blackburn 750 292 103

Jikalau anda lihat kesemua perlawanan pada musim ini, anda dapat lihat West Ham sering melakukan serangan long ball dan juga tepat kearah pemain.Dan peratusan long ball mereka yang berjaya tepat kearah pemain mereka juga amat tinggi sebanyak 50.9%.
Jadi, apakah peminat West Ham dapat mengjangkakan kepada David Moyes?
Seperti yang saya katakan, beliau akan menggunakan formasi 4-4-1-1 atau 4-2-3-1 dengan adanya 2 pemain ‘deep lying playmaker’ dan solid di bahagian tengah. Full backs akan melakukan overlapping dan pemain tengah di bahagian tepi akan melakukan cut inside kebahagian tengah.

Moyes berkemungkinan akan menggunakan Chicharito sebagai Poacher striker yang selalu Moyes akan terapkan pada taktikal beliau. Tetapi, saya berasa beliau akan meletakkan Chicharito untuk membuat supporting kepada striker yang mampu memberi saingan ‘aerial duels’ pada pemain lawan seperti Michail Antonio.

Di bahagian fullback pula, pemain seperti Aaron Cresswell dan Pablo Zabaleta atau Sam Byron, David Moyes akan mengarahkan mereka untuk membuat overlapping dan dengan adanya pemain yang peka di bahagian tengah seperti Pedro Obiang dan pemain kesukaan West Ham, Mark Noble yang akan beroperasi seperti Darren Gibson di Everton.

Di bahagian tepi pula, Andre Ayew, Manuel Lanzini dan juga Marko Arnautovic juga boleh diberi role sebagai ‘inside forward’ bagi melakukan ‘cut inside’ ke bahagian tengah daripada menjadi pemain sayap yang biasa mereka lakukan.

Ianya memberi sokongan pada bahagian serangan.
Bagi peminat West Ham, mereka berharap agar David Moyes dapat mengendalikan pasukan kesayangan mereka sama seperti beliau mengendali di Everton daripada lihat beliau membawa West Ham ke arah kejatuhan sama seperti beliau mengendali pada kelab Sunderland. Jadi, peminat berharap agar Moyes akan menerapkan corak serangan yang baik bagi menyelamatkan pasukan mereka daripada tersingkir dari Liga Perdana Inggeris.

Oleh itu, dengan pemain yang beliau sedia ada di West Ham dan pemain beliau mempunyai gaya permainan yang hampir sama pada taktikal Moyes, berkemungkinan Moyes juga akan melakukan perubahan dan peluang yang cerah bagi menaikkan West Ham ke arah kejayaan.
Saksikan David Moyes mengendalikan pasukan Everton pada suatu ketika dahulu.

Artikel ini adalah sumbangan dari salah seorang pembaca kami Zan Tacts

Jika anda berminat untuk menyumbangkan artikel hasil karya anda boleh email kepada pihak kami di info@thesportivo.com

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments