Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAKAC Milan Teruskan Rentak Tundukkan Roma

AC Milan Teruskan Rentak Tundukkan Roma

Prestasi cemerlang AC Milan diteruskan apabila anak-anak buah Gennaro Gattusso menundukkan AS Roma 2-0, malam tadi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico.

Patrick Cutrone meletakkan pasukan pelawat di hadapan tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung dengan rembatan jarak dekat dan usaha Davide Calabria menggandakan kedudukan pada minit ke-74.

Keputusan ini menjadikan AC Milan yang menghuni tangga ketujuh liga ketika ini melebarkan rekod tanpa kalah kepada 8 perlawanan dengan enam daripadanya menghasilkan kemenangan.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook “A.C. Milan”

Mereka kini enam mata di belakang Roma yang menghuni tangga kelima dan tujuh mata dibelakang Inter Milan yang menduduki tangga keempat. AC Milan bakal bertemu dengan Inter Milan dalam Milan Derby pada perlawanan yang dijadualkan berikutnya.

Roma melakukan percubaan pertama ke arah gol AC Milan pada minit ke-5 apabila percubaan rendah daripada luar kotak penalti oleh Cengiz ditolak keluar kebelakang oleh Gianluigi Donnarumma.

Patrik Schick, melakukan penampilan pertama sebagai kesebelasan utama semenjak Disember dan masih gagal menjaringkan gol dalam saingan liga selepas perpindahan ke Roma musim panas yang lalu, Beliau melakukan percubaan namun diselamatkan Donnarumma pada minit ke-23 walaupun telah dikesan berada dalam kedudukan offsaid.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook “A.C. Milan”

Lorenzo Pellegrini dijatuhkan dalam kotak penalti Milan selepas perlawanan berlangsung setengah jam apabila beliau berlaga dengan Giacomo Bonaventura dan Ricardo Rodriguez. Walaubagaimanapun rayuan beliau untuk mendapatkan sepakan penalti tidak dilayan pengadil perlawanan.

Pellegrini yang tidak berputus asa terus melakukan percubaan namun tersasar. Kemudiannya Schick yang melepasi dua pemain AC Milan dengan baik untuk masuk kedalam kotak penalti namun disekat oleh Leonardo Bonucci.

AC Milan memperbaiki barisan hadapan dalam melakukan serangan, ianya dapat dilihat sebaik permainan bersambung semula selepas waktu rehat. Cutrone berjaya menguis bola melepasi Alisson selepas menerima hantaran Suso di dalam kotak penalti.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Facebook “A.C. Milan”

Diego Perotti berjaya melakukan rembatan deras namun tersasar daripada gawang yang dikawal Donnarumma beberapa minit kemudia dan AC Milan kemudiaannya kembali menyerang apabila Bonaventura melakukan rembatan yang dihadang dan diselamatkan Alisson daripada susulan Franck Kessie dan Hakan Calhagnolu.

Kemudiannya Donarumma bertindak cemerlang mengeluarkan bola dari kaki Schick kawasan bahaya.

AC Milan hampir-hampir menjaringkan gol kedua apabila pemain gantian Nikola Kalinic menyaksikan rembatannya ditampan Alisson dan Kostas Manolas berjaya memintas bola tersebut sebelum Alessio Romagnoli sempat melakukan susulan.

Image may contain: 2 people, people playing sports, stadium and outdoor
Kredit imej: Facebook “A.C. Milan”

Tidak lama selepas itu kedudukan menjadi 2-0, selepas lorongan bola Kalinic disungkit Calabria untuk menewaskan Alisson.

Donnarumma kemudiannya dengan mudah menyelamatkan percubaan “volley” yang dilakukan Aleksandar Kolaraov. Fabio Borini yang masuk menggantikan Suso hampir menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan damun rembatannya melambung tinggi.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments