Friday, June 21, 2024
HomeBOLA SEPAK7 Jenis Rambut Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia.

7 Jenis Rambut Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia.

7. Marek Hamsik.

Penampilan ikonik ‘mohawk’nya sememangya tidak akan diikuti mana-mana peminat bola sepak dunia. pemain midfielder Napoli itu itu telah memenang pemain terbaik tahunan Slovakia sebanyak enam kali dan dia juga memainkan peranan penting untuk negaranya melepasi pusingan 16 Euro 2016. Nampaknya rambut ‘mohawk’nya membuahkan hasil kejayaan yang garang dari rupanya.

6. Marouane Fellaini.

Rambut Fellaini telah dilihat hampir 80% karier nya. Dia hanya menukar warna rambutnya, lebih banyak dari dia bertukar kelab. Pemain 6kaki 4inci itu sememang sering menjadi kambing hitam kegagalan ManU, kerana dengan rambut dan ketinggian itu, sememangnya tidak ada ruang untuk dia menyorok dalam padang. Ialah, Fellaini dan pokok tidak akan terpisah.

5. Ivan Perisic.

Dalam usaha untuk menunjukkan semangat kenegaraannya semasa Euro 2016 akhirnya mengundang bahan dari peminat bola sedunia apabila dia mewarnakan rambut nya mengikut jersi bajunya. Dia kemudiannya mencukur dan menghitamkan semula ketika bertemu Portugal pada pusingan 16. Akan tetapi, semangat kumpulannya tidak membuahkan hasil malah kalah dengan juara pertandingan itu dengan jaringan 1-0.

4. Florentin Pogba.

Bukan hanya Paul Pogba sahaja mampu membuat rambut pelik dalam keluarganya, tetapi abangnya juga membuat fesyen rambut bahkan lebih pelik dari adiknya. Florentin mengukir dan mewarnakan rambutnya dengan tulisan nombor 19 iaitu nombor pada jersinya. Kelihatan juga terdapat nombor 6 terukir dengan bentuk pelik yang mewakili adiknya,Paul, yang berjersi nombor 6. Strong family bonding mungkin.

3. Carlos Valderrama.

Kita hanya mampu jangka yang Carlos menjadi idola rambut untuk David Luiz dan Fabricio Coloccini. Walaubagaimanapun, dia memegang ‘cap’ terbanyak untuk negaranya, Colombia, iaitu sebanyak 111. Tapi jangan risau, rambutnya tidak pernah berubah dari saat dia jejekkan kaki dalam kancah bola sepak antarabangsa.

2. Ronaldo.

Rambut jambul botak ala-ala Sarip Dol kampung dusun ini di buat khas oleh Ronaldo katanya untuk mengelakkan dari orang mempersoalkan tentang masalah kecederaan pangkal peha-nya itu. Tetapi, di masih mampu menanduk gol sebanyak 2 kali semasa perlawanan akhir menentang German di Piala Dunia 2002 dan menjulang trofi kemenangan. Mengagumkan.

1. David Beckham.

Seorang lagi bintang bola sepak terkenal yang berjaya menempah nama dalam senarai ini, tiada siapa boleh lupa dengan cornrows David Beckham. Dia mengaku menyesal buat fesyen itu lebih-lebih lagi ketika bertemu Nelson Mandela. Memori rambut dan Nelson Mandela dikatakan masih terpahat dalam ingatanya. Bersyukur guys, rambut itu tak tahan lama.

-sumber dari www.90min.com

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments