Previu Piala AFC : JDT vs Tampines Rovers

0
1339
JDT vs Tampines Rovers

Esok akan berlangsung perlawanan keempat Piala AFC untuk Kumpulan H yang sudahpun masuk ke pusingan kedua. Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan bertemu Tampines Rovers di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin pada jam 8.45, 14 Mac 2018.

Ini merupakan pertemuan kedua buat kedua-dua pasukan selepas terikat 0-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 6 Mac yang lalu. JDT pastinya ingin mencari kemenangan dalam perlawanan ini setelah sekadar mengutip empat mata dalam tiga perlawanan pusingan pertama.

Tampines Rovers pula ingin kan kemenangan selepas hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan pusingan pertama. Mereka tewas dua perlawanan ketika menentang Song Lam Nghe An dan Persija Jakarta.

Taktikal JDT

Pada perlawanan pada 6 Mac yang lalu pasukan JDT melakukan perubahan 100% berbanding perlawanan menentang Song Lam Nghe An. Mereka menurunkan kesemua pemain tempatan dalam kesebelasan utama mereka. Safiq Rahim hanya dimasukkan diawal separuh masa kedua untuk menggerak bahagian tengah yang agak tenggelam pada separuh masa pertama.

Untuk perlawanan esok, penulis menjangkakan Raul Longhi akan kembali menggunakan kesebelasan utama terbaik mereka. Pada perlawanan 6 Mac yang lalu mereka menggunakan formasi 4-1-4-1 berbanding 4-3-3 yang kebiasannya digunakan. Walaubagaimanapun untuk perlawanan malam ini kami menjangkakan Raul Longhi bakal menggunakan formasi 4-2-3-1.

Antara yang perlu diperbaiki JDT berbanding tiga perlawanan lalu adalah ketumpulan dibahagian serangan. Pada perlawanan menentang Tampines Rovers 6 Mac lalu, JDT berjaya menghasilkan 15 percubaan namun hanya 3 sahaja yang menepati sasaran.

Begitu juga ketika ketika menentang Song Lam Nghe An. Hanya 4 percubaan menepati sasaran daripada 16 percubaan keseluruhan. Dikhabarkan Luciano Figueroa mengalami kecederaan dan terpaksa direhatkan, Ini memberi peluang sekali lagi buat Hazwan Bakri untuk menjadi penyerang tunggal.

Berikut adalah barisan kemungkinan untuk perlawanan malam esok menurut pandangan kami:

JDT 4-2-3-1

Tampines Rovers

Pada perlawanan pada 6 Mac yang lalu, Jurgeen Raab menggunakan formasi 5-4-1 dalam usaha mereka mengimbangi serangan JDT. Mereka mengharapkan penyerang kebangsaan Singapura, Khairul Amri sebagai penyerang tunggal. Mereka berjaya melakukan 5 percubaan dan 3 daripadanya tepat ke sasaran.

Penulis berpendapat Tampines Rovers akan menggunakan formasi yang sama seperti perlawanan lalu. Tampines Rovers pastinya akan menggunakan  “counter attack” sebagai senjata utama mereka. Ini adalah kerana penulis berpendapat untuk berhadapan dengan pasukan yang kuat seperti JDT, mereka perlukan lebih tenaga dibahagian pertahanan dan kepantasan ketika melakukan “counter attack” sebagai senjata utama.

Berikut adalah kesebelasan kemungkinan menurut pandangan Sportivo:

Tampines Rovers 5-4-1

Kesimpulan

Perlawanan pada petang ini mungkin akan menjadi perlawanan yang berat sebelah sekiranya Tampines Rovers gagal memperkuatkan bahagian pertahanan mereka. Kedua-dua pasukan perlu mencatatkan kemenangan. JDT perlukan kemenangan untuk memperkuatkan kedudukan manakala Tampines Rovers perlu menghidupkan peluang untuk terus bersaing dalam peringkat kumpulan.