Zulfadli “Merajuk” Untuk Beraksi Di Piala Thomas?

0
1782

Seperti semua kita sudah maklum tahun hadapan akan berlangsung pertandingan akhir Piala Thomas & Uber yang akan berlangsung di Thailand.

Timbul kemelut sekarang di mana kita tidak mempunyai barisan pemain yang cukup kuat untuk bertanding.

Sekadar bergantung kepada Dato’ Lee Chong Wei untuk slot perseorangan pertama sudah pasti beban berat akan di tanggung beliau.

Berdasarkan ranking semasa Chong Wei Feng, Zulfadhli Zulkifli, Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven akan mengisi slot ke 2, 3, 4 dan 5 untuk perseorangan negara.

Tetapi timbul pula isu pemain profesional negara, Zulfadhli Zulkifli seakan “merajuk” dan patah hati untuk bermain mewakili negara selepas ini.

Pemain perseorangan profesional negara, Zulfadli Zulkifli seolah-olah sudah berpatah hati mewakili Malaysia pada kempen Piala Thomas.

Bekas juara remaja dunia 2011 itu, berkata dia enggan memikirkan peluangnya menyertai skuad Piala Thomas 2018, sebaliknya mahu fokus memburu gelaran di kejohanan utama seperti Seluruh England dan Kejohanan Dunia.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata, dia kecewa dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas tidak dipilih menyertai kejohanan berpasukan itu biarpun layak mengisi tempat selaku perseorangan kedua dan ketiga sebelum ini.

Katanya, dia hanya pernah beraksi di Kejohanan Kelayakan Piala Thomas 2016 semasa di Hyderabad, India namun namanya tidak tersenarai menghadapi pusingan akhir di Kunshan, China.

“Sememangnya, tiada mana-mana pemain tidak mahu mewakili negara ke Piala Thomas kerana itu kejohanan berpasukan terbesar dalam sukan badminton. Namun, kini saya tidak mahu lagi memikirkannya.

“Beberapa tahun lalu saya layak sebagai perseorangan kedua dan ketiga tetapi saya tidak diberikan peluang beraksi, jadi saya sudah lali dengan perkara ini.

“Saya fikir, lebih baik saya berikan tumpuan kepada kejohanan antarabangsa sedia ada dan fokus buru gelaran utama seperti Seluruh England dan tahun depan juga ada Kejohanan Dunia,” kata Zulfafli selepas majlis penajaan dan memperkenalkan pemain Kelab Badminton (KB) Ampang Jaya, di sini hari ini.

KB Ampang Jaya hari ini mengumumkan AEON Credit Service (M) Berhad dan Senheng Electrical (KL) Sdn Bhd selaku penaja utama, selain turut mendapat penajaan berbentuk biasiswa pendidikan dari Universiti Nottingham bernilai RM1.2 juta.

Zulfadli, berkata dia akan memulakan misi memburu gelaran juara dengan menyertai dua atau tiga kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) Emas bermula Januari depan.

Jom saksikan video permainan Zulfadhli :

Baca juga : 3 Faktor Lee Zii Jia Merupakan Pengganti Terbaik Dato Lee Chong Wei