‘Winter Break’ di Liga Perdana Inggeris

0
116

Berita dari Skysports menyatakan bahawa Liga Perdana Inggeris sedang mempertimbangkan pendapat untuk memperkenalkan ‘Winter break’ sebagai sebahagian daripada perjanjian hak televisyen seterusnya.

Perkara tentang cuti musim sejuk ini sudah lama dibincangkan setelah beberapa liga Negara teratas seperti Sepanyol, Itali, German dan Perancis, kesemuanya mengambil cuti sekitar hari natal dan sambutan awal tahun.

Beberapa pakar dan pengurus pasukan sering mengatakan bahawa kurangnya cuti musim sejuk menyebabkan peluang pasukan British di liga juara-juara terjejas dan menjadi punca kurangnya saingan dari Liga Perdana dalam liga berprestij ini.

‘The Football Association’ sebelum ini pernah menyatakan bahawa setiap kemungkinan pertukaran waktu perlawanan adalah mustahil sehingga kontrak urusan televisyen semasa tamat tempoh pada tahun 2019.

Ceramah mengenai ‘mid-season pause’ sudah berjalan selama beberapa bulan. Dan dipercayai bahawa cuti akan berlangsung di bulan Januari kerana tidak ingin mengganggu  Jadual Perlawanan Perayaan Musim Natal ataupun lebih di kenali sebagai ‘Boxing Day’.

Hal ini menyebabkan sukarnya untuk beberapa pihak memberi kata putus kerana kesesakan jadual kerana adanya ‘Boxing day’ menyulitkan lagi keadaan. kerana beberapa pihak menyatakan bahawa mengganggu tradisi adalah suatu perkara yang tidak munasabah.

Butir-butir mengenai Hak Perjanjian Liga Perdana TV seterusnya di jangka akan diumumkan pada minggu hadapan. Kontrak mereka seterusnya akan berlangsung untuk tahun 2019 hingga 2022.

‘The Premier League’ sudah berbincang bersama ‘Football Association’ dan ‘English Football League’ selama beberapa bulan mengenai cabaran kesesakan jadual yang bertambah di kalender bola England dan cara terbaik untuk mengurangkan sesak sambil memberi para pemain cuti pertengahan musim.

Kata dari wakil Liga Perdana Inggeris.

Menyediakan ruang yang boleh ditemui di kalender, kami secara terbuka kepada prinsip ini dan akan terus-menerus membina perbincangan yang berhasil bersama pihak berkepentingan untuk mencari jalankerja penyelesaian

Adakah pihak atasan akan mengekalkan idea cuti pada bulan Januari berbanding di antara Hari Natal dan Perayaan Awal Tahun yang akan mengakibatkan terganggunya ‘Boxing day’? kita tunggu jawapannya pada persidangan akhbar minggu hadapan.

 

Sumber dari LiveScore.com