THT Rampas Takhta Liga, UniKL benam Thunderbolt, KLHC Tundukkan Maybank

1
147
THT

Semalam berlangsungnya tiga lagi perlawanan yang merupakan perlawanan ketujuh Liga Hoki Malaysia (MHL). Perlawanan ini merupakan perlawanan ketujuh liga. Sebelum tiga perlawanan ini berlangsung, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunguli carta liga dengan 13 mata.

Walaubagaimanapun carta ini berubah apabila TNB terpaksa berhadapan pesaing yang menduduki tangga kedua, Terengganu Hockey Team (THT).

THT 2 – 0 TNB

THT ternyata mengambil peluang pada perlawanan ini sekaligus merampas takhta liga apabila berjaya menundukkan TNB 2-0. Gonzalo Peillat menjadi wira buat THT apabila menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

THT mula mendahului pada suku pertama apabila Gonzalo Peillat menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-11. Gonzalo Peillat sekali lagi tidak menghampakan penyokong THT apabila sekali lagi menyumbat gol kedua THT pada minit ke-26 juga hasil pukulan sudut penalti.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Facebook “Terengganu Hockey Team”

Anak-anak buah Norsaiful Zaini cuba bangkit namun gagal mencuri peluang. Kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati pada suku ketiga dan keempat menyebabkan tiada tambahan jaringan dilakukan.

UniKL 5 – 0 TNB Thunderbolt

TNB Thunderbolt terus gagal mencatatkan kemenangan setelah hanya memperolehi kemenangan pada perlawanan pembuka tirai. Kali ini TNB Thunderbolt di belasah 5-0 oleh UniKL.

Pesta gol UniKL bermula pada minit ke-10 melalui jaringan padang yang disempurnakan oleh Glenn Stewarts Tunner. Pemain kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd Jalil menggandakan kedudukan di penghujung suku pertama juga melalui gerakan padang.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation

Glenn Stewarts Tunner gol peribadi kedua beliau yang juga gol ketiga UniKL pada minit ke-32 namun kali ini melalui pukulan sudt penalti. Satu lagi pukulan sudut penalti diterima UniKL pada minit ke-36 dan ianya disudahkan oleh  Jeroen Dolf Hertzberger untuk gol keempat UniKL.

Faridzul Afiq Mohd menambah derita Thunderbolt apabila melakukan jaringan padang pada minit ke-48 menerusi tolakan mudah dibahagian “far-post”. Kemenangan ini meletakkan UniKL ditangga keempat liga dengan 12 mata.

KLHC 3 – 1 Maybank

KLHC mencatatkan kemenangan kemenangan keempat mereka untuk menghuni tangga kedua liga dibelakang THT dengan perbezaan hanya satu mata.

KLHC Import

Maybank terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-4 hasil jaringan yang terhasil melalui gerakan padang oleh Allan Oscar William. Walaubagaimanapun Muhammad Rashid Baharom tidak membenarkan Maybank mendahului di suku pertama apabila beliau membuat jaringan penyamaan pada minit ke-14.

Gol pendahuluan KLHC diperolehi oleh Mohd Syamim Mohd Yusof di penghujung suku kedua perlawanan juga melalui jaringan padang sebelum Thomas Carson memastikan kemenangan buat KLHC empat minit sebelum tamat perlawanan.

Kedudukan Liga

Berikut adalah kedudukan liga setelah tamat tujuh perlawanan:

Kredit imej: Malaysia Hockey Confederation