Sesi Ujian MotoGP Buriram, Bagaima Persembahan Hafiz Syahrin?

1
2318
Hafizh Syahrin 5

Hafiz Syahrin yang dilamar pasukan MotoGP Monster Yamaha Tech 3 untuk sesi ujian melakukan debutĀ  beliau dalam saingan MotoGP pada sesi ujian di Litar Antarabangsa Chang, Buriram Thailand bermula 16 Febuari yang lalu.

Mengakui teruja dengan jentera baharu miliknya, Hafiz Syahrin menunjukkan persembahan yang menakjubkan pada tiga sesi ujian yang dilangsungkan tersebut. Walaupun secara keseluruhannya beliau bukanlah menamatkan sesi ujian di kedudukan yang terbaik namun peningkatan yang ditunjukkan pada setiap sesi ujian amatlah memberangsangkan.

Hasil carian imej untuk hafizh syahrin motogp
Kredit imej: sports.okezone.com

Pada sesi ujian yang pertama yang bermula pada 16 Febuari, Hafiz Syahrin menamatkan sesi ujian dikedudukan yang terakhir selepas mengharungi 70 pusingan. Masa terbaik yang dicatat daripada 70 pusingan tersebut adalah pada pusingan ke 63 yang mana beliau mencatatkan masa 1 minit 33.165 saat, 2.368 saat dibelakang pelumba terpantas sesi pertama, Carl Culthrow daripada pasukan LCR Honda Castrol.

Keputusan penuh Sesi 1

Walaubagaimanapun pencapaian tersebut sedikit pun tidak meresahkan Hafiz Syahrin walau beliau di kedudukan terakhir. Ahli-ahli pasukan Monster Yamaha Tech 3 juga memahami situasi tersebut berikutan ini merupakan kali pertama beliau berada di saingan MotoGP yang jelas berbeza dengan Moto2. Dengan jentera yang lebih laju dan Hafiz Syahrin cuba menyesuaikan diri dan perbaiki catatan masa untuk merapatkan jurang masa dengan pelumba lain.

Usaha Hafiz Syahrin ternyata berhasil apabila beliau berjaya memperbaiki catatan masa pada hari kedua sesi ujian yang berlangsuung pada 17 Febuari. Pada sesi kedua ini, Hafiz Syahrin tidak lagi menamatkan kedudukan di tempat tercorot malah naik satu anak tangga di tangga ke-23 memintas catatan masa Xavier Simeone daripada pasukan Reale Avintia Racing.

MotoGP Buriram Test Session 2
Keputusan penuh Sesi 2

Hafiz Syahrin mencatatkan masa 1 minit 31.998 saat pada pusingan ke-37 dan ianya merupakan catatan masa terbaik daripada 49 pusingan yang dilaluinya. Catatan ini juga ternyata 1.167 saat lebih baik daripada keputusan ujian pada sesi pertama.

Ternyata pelumba yang mendapat gelaran “Pescao” dikalangan peminat & pelumba MotoGP ini dilihat gigih dalam memperbaiki catatan masanya. Dari satu sesi ke satu sesi beliau menunjukkan peningkatan apabila menamatkan sesi terakhir di kedudukan ke-21 dengan catatan 1 minit 31.537 saat pada pusingan ke-46, 0.461 saat lebih baik dari catatan masa sesi kedua.

MotoGP Buriram Test Session 3
Keputusan penuh Sesi 3

Apa yang lebih menarik, Hafiz Syahrin mampu menewaskan jaguh MotoGP, Jorge Lorenzo yang menunggang untuk Ducati Team pada sesi ketiga ini. Jorge Lorenzo satu tangga dibawah hafiz dengan perbezaan 0.090 saat.

Secara kesuluruhannya Hafiz Syahrin menamatkan 3 sesi ujian ini dengan berapa pada kedudukan ke-22 denga catatan terbaik pada sesi ketiga diambil kira. Catatan itu merupakan 1.756 saat berbeza dengan pendahulu keseluruhan Dani Pedrosa yang menunggang untuk Honda Repsol Team.

MotoGP Buriram Test Combined Session
Keputusan penuh keseluruhan

Sagala keputusan yang dicatatkan di sesi ujian di Buriram ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Hafiz Syahrin apabila beliau mampu bersaing dengan pelumba bertaraf dunia walaupun ini merupakan kali pertama beliau menunggang jentera dalam saingan MotoGP ini.

Kini, Hafiz Syahrin hanya menunggu keputusan akhir daripada pengurusan pasukan Monster Yamaha Tech 3 sama ada beliau akan diserap terus kedalam pasukan untuk mengharungi saingan MotoGP bagi musim 2018.

Apapun keputusannya Selamat Maju Jaya buat Hafiz Syahrin dalam arena sukan permotoran. Akhir sekali, ayuh kita tonton VLog Hafiz Syahrin sepanjang beliau menjalani sesi ujian di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.

Baca juga:Hafizh Syahrin Pelumba MotoGP Pertama Dari Malaysia?