Senarai Perpindahan Pemain Untuk Liga Malaysia 2018 Setakat Ini

0
9649

Setelah pasukan Pahang FA mengumumkan akan menggugurkan lapan pemain utama nya untuk musim akan datang. Kini pasukan jiran pula, Kelantan FA mengumumkan senarai pemain baru bagi musim 2018 ini.

Sebelum ini Presiden baru Kelantan FA ada berkata akan memuktamadkan senarai pemain lebih awal kerana ingin memberikan barisan kejurulatihan lebih masa supaya dapat membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baru Liga Super tahun hadapan.

Berikut merupakan senarai pemain Kelantan TRW 2018 DENGAN KUDRAT 80% UBI MUDA

Pemain senior & junior dikekalkan

1- Khairul Fahmi Apex (GK)
2- Farisham Ismail
3- Nik Shahrul Azim
4- Faizol Nazlin Sayuti
5- Rozaimi Azuar
6- Fakhrul Zaman
7- Mohd Nasharizam Rashid
8- Syafiq Abd Rahman
9- Azwan Aripin
10- Fadhillah Fauzi
11- Faris Shah Rosli
12- Mohd Ramadhan (GK)
13- Shahrul Hakim
14- Mohd Amir Zikri
15- Danial Asyraf
16- Nik Azli Nik Alias
17- Mohd Imran Samso
18- Nik Akif Syahiran
19- Syaiful Alias

Pemain senior dlm rundingan

1- Badhri Radzi Piya
2- Indra Putra Mahyuddin
3- Norfarhan Ben10

Kesemua pemain senior selain daripada yang dikekalkan & dalam proses rundingan adalah SAH digugurkan.

SENARAI PEMAIN TRW TAK DITAWARKAN KONTRAK & YANG MENOLAK KONTRAK BARU 2018

– Shahrizan Ismail (GK)
– Daudsu Jamaluddin
– Hasmizan Kamarodin
– Syihan Hazmi
– Norhafiz Zamani Misbah
– S Subramanian
– Qayyum Marjoni Sabil
– Aziz Ismail
– Zairul Fitree Ishak
– Khairul Izuan Rosli
– S Thinagaran
– Hattaphon Bun An

Pemain Import
– Bako
– Danso
– Celin

Bagi kami senarai pemain kali ini menjanjikan masa hadapan yang lebih baik untuk pasukan Kelantan. Seperti kita semua tahu, pasukan Kelantan merupakan pasukan gergasi Liga Super suatu ketika dahulu.

Kita semua rindukan pasukan Kelantan yang penuh dengan semangat dan memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan lain. Berikan pasukan ini masa dan jurulatih yang berwibawa pasti Kelantan akan kembali menjadi pasukan yang garang pada masa hadapan.

Era baru TRW. Ramai pemain muda yang bermain skuad Malaysia bawah umur dan bekas pemain Harimau Muda. Ambil import berkualiti bersama pemain tempatan yang berpengalaman, insyaAllah ada harapan pergi jauh. Jangan tamak untuk  target piala, target bina pasukan baru yang balik dulu.

Jom kita saksikan sedikit video yang menyelamatkan Kelantan dari turun ke Liga Perdana :

Baca Juga : Pahang Sah Lepaskan Lapan Tonggak

Selepas Kelantan memuktamadkan senarai pemain untuk musim hadapan, kini giliran Terengganu pula mengumumkan pemain import yang akan kekal bersama mereka di musim hadapan.

Walaupun hanya beraksi sejak pertengahan musim, hanya pemain import, Tchetche Kipre yang berjaya memikat hati Irfan Bakti Abu Salim untuk kekal menyarung jersi Terengganu bagi saingan musim depan.

Bagi ketua jurulatih Terengganu itu, Kipre yang lebih dikenali sebagai ‘Drogba Terengganu’ di kalangan penyokong memiliki ciri-ciri pemain idaman selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim lalu.

Penyerang kelahiran Ivory Coast itu menjadi pemain import tunggal dikekalkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2018.

Tiga lagi pemain import, Lazaro Vinicius Alves Martins dan Gabriel Davis Dos Santos dari Brazil serta penyerang dari Jepun, Issey Nakajima Farran yang sudah tiga musim bersama Terengganu digugurkan.

Irfan Bakti berkata, pemilihan Kipre yang pernah beraksi bersama kelab Al – Suwaiq FC di Liga Oman itu dinilai berdasarkan prestasinya sepanjang setengah musim bersama skuad Peteh.

“Atas faktor itu kita mengambil keputusan untuk mengekalkan Kipre. Dia berjaya mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang biarpun mula menyarung jersi pada pertengahan musim,” katanya.

Kipre menyarung jersi skuad Peteh pada Jun lalu, ketika jendela kedua perpindahan pemain bagi menggantikan penyerang dari Argentina, Federico Falcone yang digugurkan kerana prestasi tidak konsisten.

Penyerang berusia 29 tahun itu muncul penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Liga Perdana selepas meledak sembilan gol, dan kehadirannya berjaya membantu Terengganu muncul naib juara Liga Perdana serta melangkah ke Liga Super.

Mengenai kuota tiga pemain import yang kosong, Irfan Bakti mengakui sedang berusaha mencari pemain yang lebih baik berbanding bekas pemain import yang digugurkan.

“Kita sedang dan sudah mengenal pasti beberapa pemain untuk diuji, namun perkara itu perlu diperhalusi lagi.

“Kami mahu mencari pemain import berkualiti yang mampu beraksi hingga tamat saingan musim depan dan bukannya hanya di pertengahan musim,” katanya.

Jom saksikan video pemain ini :

Baca Juga : Kelantan TRW Mengumumkan Senarai Pemain 2018

Baru sebentar tadi laman facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengumumkan telah menggugurkan tiga tunggak utama untuk musim hadapan. Mereka bebas berpindah ke mana-mana kelab lain setelah ditamatkan kontrak.

Bagi kami ketiga-tiga pemain ini mempunyai kebolehan teknikal yang agak tinggi dan sangat beruntung bagi mana-mana negeri atau kelab yang mengambil mereka. Kami berharap mereka memilih kelab yang boleh menjanjikan mereka tempat di dalam kesebelasan utama nanti.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT AZAMMUDDIN AKIL, R.GOPINATHAN DAN S. CHANTURU

Kami ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Azammuddin Akil dan R. Gopinathan yang berasal dari Pahang serta S. Chanturu dari Kedah atas jasa dan bakti mereka ketika bersama kelab selama ini. Kerja keras dan dedikasi mereka sehingga berjaya menjulang beberapa piala sepanjang berkhidmat untuk JDT amat kami hargai.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Berikut merupakan kenyataan dari JST sendiri. Agak terkilan bagi kami kerana tidak dapat melihat R.Gopinathan untuk beraksi lebih lama bersama pasukan JDT.

Bagi Azamuddin Akil dan S. Chanturu pula mereka telah berjaya mendapat kan 5 piala ketika bersama pasukan JDT. Satu pencapaian yang membanggakan bagi mereka.

Selepas ini mereka akan berpindah ke kelab yang memerlukan khidmat mereka. Diharapkan ketika berada di kelab baru nanti mereka akan dapat lebih masa bermain.

Pemain seperti Chanturu dan Gopinathan yang mempunyai larian deras sangat di perlukan untuk pasukan yang banyak menggunakan bahagian sayap untuk menyeran.

Jika mereka mampu membuktikan pada pasukan negeri atau kelab dengan prestasi permainan mereka, tidak mustahil Nelo Vingada akan memanggil mereka untuk tugasan nasional kelak.

Kami ucapkan selamat maju jaya dan semoga beroleh lebih banyak kejayaan kelak. Gunakanlah ilmu yang diperoleh ketika bersama pasukan JDT untuk mengembangkan karier ke lebih baik.

S.Chanturu

Jom kita saksikan video beliau ketika bersama JDT :

Azamudin Akil

Jom saksikan persembahan beliau ketika bersama JDT :

R.Gopinathan

Jom saksikan video permainan beliau :

Baca Juga : 3 Sebab Kenapa Safiq Rahim Penting Untuk Pasukan Malaysia

Untuk musim 2018 nampak nya Pahang telah sah melepaskan lapan tonggak utama pemain mereka. Bagi kami agak drastik untuk melepaskan pemain ini kerana kebanyakan mereka merupakan kesebelasan utama pasukan yang membawa mereka menjadi naib juara Liga Super 2017.

Lapan pemain tersebut yang akan meninggalkan pasukan Pahang ialah:

  1. Wan Azraie Wan Teh (Penjaga Gol)
  2. Saifulnizam Miswan (Pertahanan)
  3. Heo Jaewon (Pertahanan)
  4. Nordin Alias (Pertahanan)
  5. Syamim Yahya (Tengah)
  6. Joseph Kallang Tie (Tengah)
  7. Nurridzuan Abu Hassan (Tengah)
  8. Ashari Samsuddin (Penyerang)

Setakat ini hanya Wan Azraie Wan Teh yang telah mengesahkan akan menyertai kembali pasukan Terengganu untuk bersama dengan Irfan Bakti. Selain dari itu, belum dapat dipastikan lagi pemain ini akan berpindah ke mana.

Dengan pengesahan itu, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).

Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak pengurusan PBNP, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan semoga lapan pemain berkenaan berjaya bersama pasukan baharu.

Musim ini, Pahang melakukan rombakan besar-besaran dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk mengembalikan status pasukan yang digeruni pada musim sebelum ini.

Namun, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal untuk mengucup sebarang piala berprestij musim ini.

Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah di perlawanan akhir, tempat kedua Liga Super di belakang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) , layak ke suku akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada pasukan Perak di peringkat ini.

Tetapi, pencapaian itu jauh lebih baik berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

Baca Juga :  Malaysia B19 Terpaksa Tunggu Naib Juara 9 Kumpulan Lain