Selangor Hanya Menunggu Lampu Hijau Dari FMLLP

0
330

Selangor hanya menunggu lampu hijau dari Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Isnin depan untuk menggunakan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang utama saingan Liga Super 2018.

Kemelut yang melanda pasukan Selangor kerana dikatakan masih belum ada stadium “home” untuk bermain di dalam Liga Super 2018 hampir selesai.

Ini berikutan desas desus mengatakan mereka hampir pasti bermain di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendapat lampu hijau daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kebenaran menggunakan Stadium Kuala Lumpur pada minggu ini.

Perkara itu disahkan Naib Presiden FAS merangkap pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad, yang optimis Selangor kini 80 peratus akan beraksi di Stadium Kuala Lumpur.

Namun, jika ada halangan lain daripada pihak FMLLP, Stadium Selayang menjadi pilihan alternatif Selangor selain Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“Kami lebih memilih untuk beraksi di Stadium Kuala Lumpur kerana dapat beraksi pada sebelah malam. Kami telah mendapatkan lampu hijau dan FMLLP sedang menunggu surat daripada pihak DBKL,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rauf turut menjelaskan pihaknya sudah banyak kali cuba bertanyakan kepada Kerajaan Negeri Selangor berhubung penggunaan Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, tiada jawapan diberikan selain mereka juga tidak mendapat kebenaran menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kami telah menghantar surat sebanyak tiga kali kepada pihak Kerajaan Selangor. Tetapi kami tidak mendapatkan sebarang kebenaran mahupun maklum balas,” ujarnya.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum sepak mula Liga Super 2018 diharapkan pasukan Selangor, pihak Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan FMLLP dapat selesaikan kemelut ini secepat mungkin.

Peminat setia pasukan yang di gelar “Red Giants” ini pasti agak “bengang” kerana mereka belum tahu lagi pasukan kesayangan mereka akan bermain di mana.

Jom kita saksikan beberapa sorotan perlawanan pasukan Selangor pada musim 2017 di dalam Liga Super Malaysia.

Selangor vs JDT

Pahang vs Selangor

Selangor vs Sarawak 

Baca juga : Mahali Jasuli Dipinjamkan Dari Pasukan JDT ke Pasukan Lain

Kredit : Arena