Rangkuman: 3 Perlawanan Tumpuan Dunia Dan Keputusannya

0
149

Terdapat 3 perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak global minggu lalu. Ianya perlawanan yang melibatkan permusuhan jiran setempat atau lebih dikenali sebagai perlawanan derbi. Pelbagai drama, isu panas sentiasa menjadi mainan media bagi menghangatkan suasana sebelum sepak mula. Kami bawakan sedikit rangkuman menarik dalam 4 perlawanan tersebut.

Super Derbi (Juventus vs Ac Milan) 

Sumber: bola.net

Perlawanan ini tentunya sesuatu yang akan dikenang oleh pengendali Ac Milan, Gennaro Gattuso yang membuat penampilan pertama menentang Bianconerri sebagai jurulatih. Hasil kerja keras beliau berjaya menutup mulut pengkritik dengan beberapa keputusan positif diatas padang. Beliau telah menggunakan seluruh pengalaman yang beliau miliki sebagai pemain untuk mengembalikan keyakinan ke dalam skuad sedia ada.

Sumber: dailymail.co.uk

Selain itu, pertahanan Rossonerri yang juga bekas pemain Juventus, Leonardo Bonucci pastinya akan mengingati detik perlawanan tersebut. Beliau kembali ke Turin dengan jersi merah hitam Milan dan membuat penampilan pertama menentang The Old Lady. Ketika Milan tewas 0-2 di San Siro, beliau tidak diturunkan kerana digantung 1 perlawanan.

Sumber: calciomercato.com

Dalam perlawanan Ahad lalu, Juventus berjaya menewaskan Rossonerri dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Paulo Dybala pada minit ke 8 sebelum disamakan oleh ketua pasukan Milan, Leonardo Bonucci 20 minit kemudian. Separuh masa kedua, Juventus berjaya mendahului permainan hasil tandukan Juan Cuadrado yang menerima hantaran lintang dari sebelah kiri pada minit ke 79 sebelum Sami Khedira berjaya mengukuhkan kedudukan pada minit ke 87 sekaligus berjaya mengukuhkan cengkaman Bianconerri di persada liga.

 

Kedudukan terkini Serie A. Sumber: goal.com
Sumber: goal.com

London Derby ( Chelsea vs Tottenham Hotspurs)

Sumber: Bicara Bola Semasa

Chelsea menerima kunjungan Spurs dengan rekod gah tanpa kalah keatas kelab itu di Stamford Bridge selama 28 tahun. Tottenham pastinya ingin membalas dendam kekalahan 1-2 ketika aksi di Wembley pada Ogos tahun lalu. Mereka pastinya tidak dapat melupakan 2 jaringan daripada bek sayap kiri Chelsea, Marcos Alonso.

Sumber: skysports.com

Sementara itu bagi The Blues, kemenangan keatas jirannya mampu melonjak ke tangga ke 4 untuk menghidupkan peluang beraksi di Liga Juara Juara Eropah musim depan. Namnu begitu, mereka gagal melaksanakannya. Chelsea tewas 1-3 keatas musuhnya itu sekaligus berjaya mengakhiri rekod tanpa menang di Stamford Bridge selama 28 tahun.

Sumber: ChelseaFc

Ini adalah kekalahan kali ke 4 mereka di halaman sendiri musim ini menyebabkan peluang untuk beraksi di saingan Liga Juara Juara Eropah semakin malap. Dalam perlawanan semalam, Chelsea terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 30 menerusi tandukan Alvaro Morata yang berjaya mengakhiri kemarau jaringan dalam liga domestik. Sejurus selepas itu, Tottenham berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 46 hasil rembatan dari luar kotak penalti menerusi Christian Eriksen.

Sumber: Tottenham Hotspurs

Dele Alli terus menambah luka sang biru apabila berjaya menambah 2 lagi jaringan bagi memastikan 3 mata mutlak menjadi milik mereka. Ini adalah jaringan yang ke 5 pemain itu ke atas Chelsea dan menunjukkan beliau cukup dominan ketika berhadapan sang biru. Berikut adalah kedudukan terkini di carta liga.

Dele Alli menjaringkan 2 gol semalam. Sumber: Tottenham Hotspurs
Chelsea kekal di tangga ke 5. Sumber: goal.com

Der Klassiker (Bayern vs Dortmund)

Sumber: Bicara Bola Semasa

2 musuh tradisi dalam bola sepak Jerman ini membuat perhitungan terakhir mereka di Allianz Arena, Munich. Bayern Munich pastinya ingin menebus kekecewaan selepas tewas di tangan RB Leipzig sebelum rehat antarabangsa. Skuad bimbingan Jupp Heynckes pastinya sekali ingin mengecewakan musuh mereka Dortmund seperti aksi tahun lalu di Westfalenstadion.

Sementara itu, skuad bimbingan Peter Stoager bersedia untuk menghadapi aksi ini namun mereka berwaspada dengan jentera serangan Bayern. Musim ini, BVB agak bergelut di bahagian pertahanan apabila mudah melepaskan jaringan kepada pihak lawan pastinya meresahkan penyokong yang akan bertandang ke Munich nanti.

Atlet olahraga sensasi dunia, Usain Bolt yang menyertai latihan bersama pasukan Dortmund antara yang menjadi bualan media Jerman. Beliau tidak diturunkan kerana beliau menjalani latihan trial sahaja namun beliau berpeluang menyaksikan atmosfera bola sepak Jerman di Allianz Arena. Beliau juga akan merasai perbezaan suasana di balapan dan di padang bola sepak.

Bolt berlatih bersama Christian Pulisic. Sumber: goal.com

Dalam perlawanan itu, Bayern unggul membelasah Dortmund dengan jaringan besar 6-0! Ini antara kekalahan paling teruk yang pernah dicatatkan oleh Dortmund di Allianz Arena kerana sebelum ini mereka juga pernah tewas 5-1. Pada separuh masa pertama, Bayern berjaya menjaringkan 5 gol masing-masing menerusi Robert Lewandowski, Thomas Muller, James Rodriguez, dan Frank Ribery sebelum Lewandowski melengkapkan hatrik beliau keatas kelab lamanya di separuh masa yang kedua.

Sumber: soccernewsletter.com

Kemenangan itu meletakkan Bayern gah di persada liga dengan 69 mata, manakala Borusia Dortmund pula di tangga ketiga dengan 48 mata, 4 mata di belakang musuh ketat mereka Schalke 04.

Kedudukan terkini dalam Bundesliga

Rumusan

Perlawanan derbi sememangnya perlawanan yang sangat dinantikan peminat bola sepak. Ada diantaranya permusuhan yang melampau sehingga berlaku pertumpahan darah dan sebagainya. Namun begitu, perlawanan derbi ini sentiasa menjanjikan aksi panas dan drama yang akan menjadi bualan khususnya. Minggu ini terdapat 3 lagi perlawanan derbi yang melibatkan wilayah Merseyside (Liverpool vs Everton), Manchester ( Man U vs Man City) dan Madrid (Real Madrid vs Atletico Madrid).