Previu: Malaysia Tidak Boleh Pandang Rendah Mongolia

0
1408

Malam ini skuad Harimau Malaya bakal bertemu Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa kelas “A” yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pemanas badan buat skuad kebangsaan sebelum bertemu Lubnan dalam aksi terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 pada 27 Mac 2018.

Walaupun perlawanan menentang Lubnan merupakan perlawanan pelengkap jadual untuk skuad negara setelah tersingkir awal dari saingan merembut tempat ke pusingan akhir Piala Asia namun ianya masih penting buat skuad negara bagi memperbaiki ranking pasukan yang kini menduduki ranking ke-178 dunia.

Image may contain: 2 people, outdoor
Kredit imej: FAM

Perlawanan menentang Mongolia ini merupakan perlawananan pertama skuad kebangsaan di bawah kendalian Tan Cheng Hoe yang secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu pada 7 Disember 2017 bagi menggantikan Nelo Vingada dari Portugal yang telah meletak jawatan pada 6 Disember 2017.

Apa yang menarik dalam senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai latihan pusat skuad kebangsaan kali ini, Tan Cheng Hoe membawa 15 muka baru berbanding skuad yang tewas kepada Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November 2017.

Dua Pemain Kacukan Bantu Harimau Malaya

Kehadiran dua pemain baru berdarah kacukan paling mencuri tumpuan dalam pemilihan kali ini. Natxo Insa dan La’Vere Corbin Ong dijangka bakal melakukan debut dalam perlawanan menentang Mongolia malam esok.

Image may contain: 7 people, text
Kredit imej: FAM

Natxo Insa ternyata menyerlah bersama Johor Darul Ta’zim mengemudi bahagian tengah dan keberkesanan beliau dalam menjana serangan dari bahagian tengah dapat dilihat dalam permainan beliau bersama JDT.

Kehadiran La’Vere Corbin Ong pula dilihat mampu memperkukuhkan bahagian pertahanan Harimau Malaya. Bukan sahaja baik ketika bertahan, Corbin juga mampu membantu bahagian serangan menerusi larian dan hantaran lintang dari bahagian sayap dan lontaran ke dalam yang jauh dan boleh membahayakan pasukan lawan.

Kesebelasan Utama Pilihan Sportivo

Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan pusat ini, Tan Cheng Hoe dilihat berpeluang menghasilkan kombinasi pemain muda dan lama dalam kesebelasan kali ini.

Kami menjangkakan Tan Cheng Hoe bakal merencanakan formasi 4-3-3 ataupun 4-2-3-1 untuk perlawanan malam ini. Secara jelasnya formasi ini menjuruskan kepada penguasaan bahagian tengah selain memberi lebih variasi ketika melakukan serangan.

Berikut adalah kesebelasan utama pilihan kami.

Mongolia

Pasukan yang menghuni ranking ke-189 ini secara jelasnya di atas kertas menghuni ranking dibawah skuad negara. Walaubagaimanapun kedudukan ranking tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah kemampuan mereka.

Status pemain semi pro dalam keseluruhan pasukan Mongolia bukan satu jaminan kemenangan buat skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Hasil carian imej untuk mongolia football
Kredit imej: GoGo Mongolia

Dikendali pengendali kelahiran Jerman, Michael Weiss Mongolia dilihat sebagai sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Michael Weiss juga difahamkan mengetahui cara permainan majoriti pemain-pemain Malaysia dan bersedia untuk menyerap tekanan tersebut.

Rekod Perlawanan

Berdasarkan rekod 5 perlawanan sebelum ini, Malaysia gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 5 perlawanan terkini dengan kekalahan terakhir kepada Korea Utara pada November lalu.

Mongolia pula, mereka mempunyai 1 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir mereka ketika menentang Sri Lanka pada 6 Disember 2017.

Berikut adalah rekod 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.