PKNS FC Mengumumkan Senarai Pemain Yang Kekal Untuk 2018

0
3320

Selepas beberapa pasukan Liga Super telah mula menyenaraikan senarai pemain untuk musim 2018, PKNS FC juga tidak kurangnya.

Pasukan bertaraf kelab ini telah mengumumkan senarai pemain yang akan kekal untuk musim baru akan datang.

Agak mengejutkan hanya 10 pemain dari musim 2017 yang di kekalkan untuk terus membawa cabaran PKNS FC pada musim hadapan.

Ini termasuklah penyerang berbisa Safee Sali dan pemain tengah berpengalaman K Gurusamy.

Hingga setakat ini belum ada lagi pemain baru yang di ambil oleh pasukan PKNS FC.

Jika berdasarkan keadaan semasa nampak nya pasukan ini akan berbelanja besar-besaran untuk melengkapkan pasukan.

Kebiasaanya bagi satu musim satu pasukan memerlukan paling kurang 28 hingga 30 pemain semusim.

Diharapkan pihak kejurulatihan dan pihak pengurusan sudah ada pemain yang ingin dibawa dan seterusnya memberikan cabaran yang sengit kepada pasukan lain.

SENARAI PEMAIN PKNS FC YANG DIKEKALKAN UNTUK MUSIM 2018
——-
PKNS FC telah mengekalkan hanya 10 pemain musim ini bagi saingan musim 2018.

Safee Sali (Penyerang)

K Gurusamy (Tengah)

Mohd Nazrin Shamsul Bahri (Tengah)

Shahrul Azhar Ture (Pertahanan/Tengah)

Mohd Aliff Haikal Sabri (Tengah)

M Sivakumar (Pertahanan)

Azmizi Azmi (Pertahanan)

Khyril Muhymeen (Penyerang)

P Gunalan (Pertahanan)

Tauffiq Rashid (Penjaga Gol)

Berdasarkan penyenaraian pemain ini nampak nya PKNS FC cuba menggabungkan pemain berpengalaman dengan beberapa pemain tempatan lain dan import.

Kami juga berharap PKNS FC pada kali ini mampu memberikan cabaran yang lebih sengit kepada pasukan lain terutama pasukan atasan seperti JDT, Pahang, Felda United dan Kedah.

Kami yakin mereka ini mampu untuk memberikan persembahan yang baik dan cemerlang supaya dapat menarik lebih ramai lagi peminat mereka untuk datang ke stadium.

Jom saksikan video permainan PKNS FC di dalam liga musim 2017 ini :

Baca Juga : Komen Dari Bekas Pemain Kebangsaan Mengenai Pasukan Malaysia