Piala FA: Hatrik Safawi Bawa JDT Ke Suku Akhir

0
387
Safawi Rasid

Perlawanan Shoppee Piala FA mempertemukan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan UiTM FC. Kedua-dua pasukan mencari tempat untuk ke peringkat suku akhir dalam perlawanan malam ini.

Separuh Masa Pertama

JDT memulakan permainan dengan penguasaan dan cuba melakukan serangan bagi memburu gol awal. Usaha mereka berjaya abapila berjaya memperolehi gol pertama seawal minit ke-12 hasil rembatan deras Safawi Rasid dikawasan half space selepas menerima hantaran Gonzalo Cabrerra untuk menewaskan penjaga gol UiTM.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Natxo Insa berjaya melakukan percubaan dari luar kotak penalti sebelah kanan namun berjaya diselamatkan penjaga gol UiTM FC pada minit ke-23.

Penguasaan jelas dimiliki pasukan JDT untuk 25 minit pertama perlawanan, pasukan UiTM terpaksa memperkuatkan barisan pertahanan selepas bolos seawal minit ke-13. Beberapa gerakan “counter attack yang cua dilakukan UiTM mudah dipatahkan barisan pertahanan JDT yang diketuai Marcos Antonio.

UiTM menghasilkan percubaan pada minit ke-29 hasil hantaran lintang Marcel berjaya dan ditanduk Daud Bakry namu Farizal Marlias lebih bersedia untuk menyelamatkan percubaan tersebut.

Minit ke-31 menyaksikan kecemerlangan penjaga gol UiTM berjaya menyelamatkan percubaan Safiq Rahim dari luar kotak penalti yang menerima hantaran daripada Gonzalo Cabrerra.

Image may contain: one or more people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Nursalam Zainal Abidin dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan pada minit ke-33 selepas beliau mengasari Safiq Rahim di tengah padang.

UiTM melakukan pertukaran pertama seawal minit ke 39 selepas memasukkan Sadam Hashim bagi menggantikan Anwarul Hafiz Ahmad.

JDT memperolhi sepakan percuma pada minit ke-41 selepas Safawi Rasid dijatuhkan pertahanan UiTM FC. Sepakan percuma yang diambil Safawi Rasid sendiri itu terbias benteng pertahanan sebelum bergolek masuk ke dalam gawang UiTM FC untuk gol kedua JDT.

Image may contain: 2 people, people playing sports, outdoor and text
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Daud Bakary memperolehi peluang untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-43 selepas berdepan situasi satu lawan satu dengan Farizal Marlias. Walaubagaimanapun tindakan pantas Farizal Marlias berjaya menolak keluar bola tersebut.

Dua minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan selepas tamat 45 minit masa sebenar perlawanan. Tambahan masa ini berjaya dimanfaatkan UiTM selepas Lucas Pugh berjaya melepasi perangkap offside sebelum menewaskan Farizal Marlias untuk gol pertama UiTM FC.

Kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan JDT mendahului 2-1.

Separuh Masa Kedua

UiTM memulakan separuh masa kedua dengan cuba melakukan serangan awal. Mereka memperolehi sepakan penjuru pada minit ke-47 selepas Sadam Hashim gagal melepasi kawalan Marcos Antonio. Walaubagaimanapun mereka gagal memanfaatkan sepakan penjuru tersebut.

Safawi Rasid berpeluang untuk melakukan hatrik pada minit ke-58 namun sepakan beliau yang menerima hantaran Azrif Nasrulhaq sedikit tersasar.

Marcos Antonio berjaya melakukan tandukan hasil sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ke-62 namun gagal menemui gawang UiTM FC.

Image may contain: 5 people, people playing sports and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Pada minit ke-68, giliran Hazwan Bakri melakukan percubaan. Percubaan dilakukan menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti tersebut walaubagaimana pun berjaya ditampan keluar oleh Muhammad Safuan.

Hatrik akhirnya tercatat buat Safawi Rasid apabila menjaringkan gol ketiga buat JDT dan dirinya pada minit ke-72 selepas melakukan rembatan “volley” hasil hantaran lintang Azrif Nasrulhaq.

Gonzalo Cabrerra berjaya meledak rembatan pada minit ke-76 daripada luar kotak penalti namun Muhammad Safuan sekali lagi berjaya menampan keluar bola tersebut. Seminit selepas itu giliran Hazwan Bakri melakukan rembatan dari sebelah kiri namun sedikit tersasar.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Kredit imej: Johor Southern Tigers

Berbaki 5 minit perlawanan, JDT dilihat mengendurkan permainan namun masih mengekalkan penguasaan bola. Ini sedikit memberi ruang kepada UiTM apabila bejaya merapatkan kedudukan pada minit ke-90 hasil jaringan Mohd Faiz Bandong yang merembat dari luar kotak penalti.

Tiga minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan dan JDT dilihat sedikit melengah-lengahkan masa bagi mengekalkan kedudukan. Ianya berjaya apabila pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat ketika kedudukan berpehak kepada JDT dengan keputusan 3-2.

Keputusan ini meletakkan pasukan JDT di peringkat suku akhir manakala UiTM terpaksa akur tersingkir daripada persaingan.