Pengenalan Posisi Untuk Sebuah Pasukan Ragbi

0
32269

Panduan Permulaan kepada Pasukan Ragbi (Ragbi 15 sebelah):

POSISI

1. Props
Pada kedudukan jersi No 1 dan No 3.

Apa yang mereka lakukan:
Peranan utama mereka adalah untuk mengukuhkan scrummage dan memberikan kekuatan dan sokongan mengangkat bagi jumper ketika lineout dan juga penting ketika dalam kedudukan ruck & mauls.

Apa yang mereka perlukan:
Kekuatan bahagian atas badan untuk memberikan kestabilan ketika dalam kedudukan scrum, ketahanan, mobiliti dan kekuatan pada bahagian tangan untuk mengekalkan kesinambungan permainan.

2. Hooker
Pada kedudukan jersi no 2.

Apa yang mereka lakukan:
Mempunyai dua peranan yang unik di padang sebagai pemain yang memenangi bola ketika atau semasa di kedudukan scrum dan biasanya juga hooker akan melempar bola ke dalam ketika bola keluar.

Apa yang mereka perlukan:
Kekuatan fizikal yang kuat untuk menahan dan berada di barisan depan ketika scrum dan perlu ditambah dengan kelajuan untuk mendapatkan bola sekitar padang dan mempunyai teknik melempar bola yang baik.

3. Locks
Pada kedudukan jersi no 4 dan no 5.

Apa yang mereka lakukan:
Lock memberi sokongan ketika scrum selain dari itu mereka juga akan cuba mendapatkan bola ketika bola keluar dan memulakan semula serangan. Mereka juga memberi sokongan atau momentum ke depan dalam scrum, mencuri bola ketika berlakunya maul dan juga menyediakan platform untuk menyerang.

Apa yang mereka perlukan:
Ciri-ciri utama adalah ketinggian. Lock merupakan gergasi dalam pasukan kerana kekuatan mereka bergabung dengan keupayaan fizikal mereka serta kemahiran dan pergerakan yang menarik.

4. Flankers
Pada kedudukan jersi no 6 dan no 7.

Apa yang mereka lakukan:
Objektif utama mereka adalah untuk memenangi penguasaan bola ketika berlaku turn-overs, selain daripada itu dengan menggunakan kekuatan fizikal untuk memenangi bola ketika scrum atau ketika rucking .

Apa yang mereka perlukan:
Keinginan dan berani untuk melakukan “tackle” yang keras dan kasar dalam permainan tujuannya untuk memenangi bola dari pihak lawan. Mempunyai kombinasi kekuatan, kelajuan, ketahanan serta pengendalian bola yang baik.

5. Number 8
Pada kedudukan jersi no 8.

Apa yang mereka lakukan:
Nombor 8 posisinya di bahagian paling belakang dalam kedudukan scrum, akan membawa bola dalam permainan terbuka, dan menyediakan hubungan antara ke “forward” dan “backlines” dalam fasa menyerang dan bertahan secara agresif.

Apa yang merekaperlukan:
Kemahiran pengendalian bola yang baik adalah sangat penting untuk seseorang yang bermain di posisi Number 8,mesti mempunyai kepekaan dalam menghidu ruang.Memerlukan kekuatan dan kelajuan untuk berlari sekitar padang untuk memberi sokongan serta untuk mendapatkan bola dan ruang untuk melepaskan diri ke belakang dalam serangan.

6. Scrum half
Pada kedudukan jersi no 9.

Apa yang merekalakukan:
Menghubungkan antara “forward”dan juga “backlines” ketika kedudukan scrum dan juga ketika lontaran kedalam. Mengambil tanggungjawab untuk membuat keputusan sama ada untuk segera menyalurkan bola dengan cepat ke “backlines”atau menyimpannya dekat dengan “forward”.

Apa yang mereka perlukan:
Memerlukan seseorang boleh melakukan banyak perkara di atas padang. Scrum half yang baik mempunyai kelajuan tujahan untuk menembusi barisan pertahanan serta memahami dan mengusai pengendalian bola serta sepakan dalam sukan rugby. Selain daripada itu, memerlukan keyakinan yang tinggi serta memahami corak permainan dengan baik.

7. Fly half
Pada kedudukan jersi no 10.

Apa yang mereka lakukan:
Sebagai pemain yang mencorak unit serangan pasukan, Fly Half akan menerima bola dari Scrum Half dan memilih atau membuat keputusan untuk menendang, melakukan hantaran atau melakukan rempuhan berdasarkan keputusan yang dibuat dalam beberapa saat ketika fasa serangan.

Apa yang mereka perlukan:
Keupayaan menendang serta mengawal bola dengan baik. Berkebolehan membuat keputusan dalam beberapa saat ketika dalam tekanan serta mempunyai daya kretiviti yang baik untuk melakukan dan mencorakan bentuk serangan dan tidak lupa juga kebolehan membaca dan menterjemahkan bentuk permainan pada waktu itu.

8. Wings
Pada kedudukan jersi no 11 dan no 14.

Apa yang mereka lakukan:
Mereka diperlukan dibarisan paling luar untuk berlari dengan pantas untuk menebusi pertahanan lawan dan menghasilkan mata untuk pasukan.Mereka juga diperlukan ketika melakukan barisan pertahanan.

Apa yang mereka perlukan:
Mereka akan sentiasa di barisan penghujung di kiri dan kanan pasukan.Memerlukan seseorang yang berlari pantas dan pengendalian bola yang baik.

9. Centres
Pada kedudukan jersi no 12(Inside) dan no 13(Outside)
Apa yang mereka lakukan:
Mereka adalah kunci dalam unit serangan dan juga pertahanan. Mereka akan menggunakan kekuatan mereka untuk melakukan pertahanan serta “tackle” pihak lawan dan juga menggunakan kelajuan serta kreativiti ketika melakukan serangan atau rempuhan pada pihak lawan.

Apa yang mereka perlukan:
Seorang Center tidaklah terlalu besar dan tidak juga terlalu kurus, kuat serta mempunyai kelajuan ketika berlari. Posisi ini menuntut kekuatan dan ketahanan ketika melaku serangan serta keupayaan untuk mengekalkan kedudukan atau mencuri bola dari pihak lawan.

10. Full back
Pada kedudukan jersi no 15.

Apa yang mereka lakukan:
Kebiasaannya Full Back merupakan individu terakhir dalam unit pertahanan. Perlu seseorang yakin untuk menerima bola tinggi, serta menendang bola yang dengan baik untuk melaku “clear” ketika diserang. Selain dari itu perlu bersedia untuk melakukan atau menahan “tackle” yang keras dari pihak lawan.

Apa yang mereka perlukan:
Mempunyai kemahiran mengendali bola dengan baik, mempunyai kekuatan dan kelajuan ketika bertahan. Berkebolehan untuk bergabung bersama barisan serta memberi bantuan kepada Winger untuk melakukan atau  menyediakan ruang supaya boleh memberikan mata kemenangan.

Jom kita lihat 1 video bagaimana “try” boleh terhasil :