Ong Kim Swee Dilanjutkan Kontrak Sehingga 2019

1
230
Ong Kim Swee

Teka-teki mengenai kedudukan Datuk Ong Kim Swee selaku jurulatih Skuad Bawah 23 Kebangsaan terjawab selepas kontraknya untuk jawatan tersebut di sambung untuk tempoh 2 tahun lagi.

Sebelum ini, persoalan mengenai status Ong Kim Swee timbul selepas tamat kempen Sukan Sea yang lalu berikutan kontraknya bakal tamat 31 Disember akan datang. Pada ketika itu Datuk Ong Kim Swee tidak menerima sebarang tawaran untuk memperbaharui kontraknya darpada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) walaupun sebelum itu badan induk bola sepak negara menyatakan hasrat untuk menyambung khidmatnya.

FAM Meeting

Persoalan itu akhirnya terjawab pada Khamis lalu apabila Ong Kim Swee menghadap Presiden FAM, Tunku Ismail di Johor Bahru untuk membincangkan persediaan Skuad Bawah 23 Kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan AFC Bawah 23 Januari akan datang.

Menurut Ong Kim Swee, beliau amat berterima kasih kepada Tunku Ismail kerana terus memberikan kepercayaan kepada beliau dalam merencana pasukan bawah 23 negara. Selain itu mereka juga berbincang untuk Ong Kim Swee melanjutkan kursus kejurulatihan beliau.

Harimau Muda

Skuad Harimau Muda bakal menyertai Kejohanan AFC Bawah 23 pada Januari akan datang. sebelum itu mereka akan menyertai latihan pusat yang bermula di Johor Bahru sebelum terbang ke Korea Selatan dan China untuk beberapa siri persahabatan sebelm kejohanan tersebut.

Semoga lanjutan kontrak Datuk Ong Kim Swee ini dapat memberi sesuatu yang positif buat skuad muda negara.