Offside Trap Dalam Permainan Bolasepak

0
265

Kedudukan ‘offside’ ialah apabila seseorang berada paling dekat dengan garisan gol lawan berbanding bola dan pemain pertahanan pihak lawan yang terakhir. Ianya akan berlaku sekiranya seseorang itu terus mengejar mendapatkan bola. 

‘Offside trap’ pula berlaku apabila pemain pertahanan mengatur langkah dalam mencipta keadaan untuk penyerang lawan berada dalam keadaan ‘offside’. Akan tetapi taktik ini sebanarnya tidak hanya berbaris dalam satu barisan.

Terdapat beberapa bentuk yang berkemungkinan kita tidak mengetahuinya tapi amat berguna untuk menjadikan ‘offside trap’ ini berjalan dengan lancar terutamanya bila menghadapi pihak lawan yang berbeza formasinya.

‘Parallel’

photo by: fusball Colorado

Bentuk sejajar ialah kebiasaanya digunakan oleh kesemua kumpulan. Terutama apabila menghadapi beberapa perkara seperti ‘set piece’ dan sepakan percuma. Bahagian pertahanan akan berbaris melintangi padang dan bersedia untuk bergerak kehadapan serentak apabila dapati hantaran akan dilakukan.

Bentuk ‘V’

photo by: Sayap

>Bentuk V ini memerlukan ‘last man’ yang cekap serta mempunyai tahap kefokusan yang tinggi. ‘V trap’ ini selalunya berkesan apabila pihak lawan menggunakan penyerang solo yang selalunya akan mencuri ayam apabila sedang memulakan ‘counter attack’.

‘2 diagonal 3’

photo by: Skysports.uk

Bentuk ini selalunya digunakan oleh kelab-kelab besar yang berani mengambil risiko. Kerana keberkesanannya amat tinggi tetapi jikalau hilang fokus atau kurang ‘alert’ akan memberi ruang untuk pihak lawan mengatur serangan. Biasanya bentuk ini serba sedikit menarik beberapa penyerang pihak lawan dan meninggalkan hanya seorang pemain untuk berdiri dikedudukan offside.

Bentuk ‘U’

photo by: talksports.uk edit by: Sayap

Apabila menghadapi ‘counter attack’. Bentuk U sememangnya berkesan apabila terdapat lebih dari dua penyerang pihak lawan di kawasan bawah. Ianya secara tidak langsung memberi ketegangan bahagian sayap kerana menerima tekanan secara tidak langsung menarik ruang tengah untuk ditinggalkan seorang pemain di dalam keadaan ‘offside’.

‘Early Pressure U’
 

photo by: skysports.uk

Corak yang sama seperti bentuk ‘U’ tetapi kedudukan yang berbeza. Early Pressure U ini selalunya digunakan semasa menghadapi hantaran ke dalam. Ianya untuk mengelakkan hantaran seterusnya berlaku dengan cepat. Samaada pihak lawan sedia untuk dikenakan ‘offside’ atau secara tidak langsung akan melambatkan permainan dengan membuat hantaran kebelakang.

Nama-nama di atas tidak sama sekali dengan yang selalu di sebut oleh kelab-kelab besar tetapi bentuk kebiasaanya memang sama. Atas kelab itu untuk menamakan teknik-teknik itu dengan nama tersendiri.