Malaysia Cyber Games 2018

0
1294

Dunia e-sukan Malaysia makin berkembang. Pada 13-14 Januari 2018, arena e-sukan Malaysia akan diteruskan lagi dengan MCG2018.

Malaysia Cyber Games 2018 telahpun mendedahkan pemainan video yang bakal dipertandingkan dalam kejohanan esport antara yang terbesar di Malaysia ini.

Sebanyak sembilan permainan videa akan dipertandingkan iaitu DOTA2, CSGO, Fifa18, Tekken7, Street Fighter 5, Mobile Legends, injustice, F1 2017 dan yang baru sahaja diperkenalkan di dalam dunia e-sukan dan permainan terakhir di pilih oleh MCG, Player’s Unknown Battleground(PUBG).

Sebanyak RM300,000 wang terkumpul pada tahun ini sama seperti MCG2015 yang lalu. Wang terkumpul ini akan dibahagikan kepada kesemua sembilan permainan video:-

DOTA2 = RM50,000 (64 pasukan)
CSGO = RM45,000 (32 pasukan)
Fifa18 = RM50,000 (512 pemain)
Tekken7 = RM40,000 (256 pemain)
SF5 = Rm25,000 (64 pemain)
ML = RM30,000 (32 pasukan)
Injustice2 = RM10,000 (64 pemain)
F1 2017 = RM10,000 (32 pemain)
PUBG = ******** (25 skuad)

Tiket ke MCG2018 ini di beri percuma ke semua rakyat Malaysia. Menteri multimedia dan komunikasi berkata, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata “ Bagi meningkatkan lagi minat anak muda terhadap e-sukan ini tidak dibebankan dengan harga tiket”

Perlawanan e-sukan terbesar Malaysia ini akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur dengan menyaksikan seramai 1,000 peserta berentap demi menaikkan nama selain mendapatkan wang.

Pada MCG2015 terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaludin berkata setiap juara bagi empat perlawanan akan mendapat tajaan penuh dibawah nama pasukan ‘Team Taring’ untuk memasuki pertandingan diperingkat antarabangsa

Juara pertandingan DOTA2 di MCG2015 antara bukti kata-kata Datuk KJ itu dilaksanakan apabila Team Taring berjaya menjejakkan kaki di arena antarabangsa apabila mendapat tempat ke-4 dalam pertadingan BTS Sea dan mendapat RM1,000.

Team Taring juga berpeluang menghadiri 6 pertandingan bertaraf antarabangsa. Diketuai oleh Adam Erwann Shah atau lebih dikenali Adam343 itu hanya mendapat tempat ke-4 semasa saringan The Shanghai Major apabila dikalahkan oleh kumpulan dari Singapore, Team Departure.

Dengan kekalahan itu, ketua Team Taring, Adam343, keluar kerana berjaya mendapat tawaran untuk ke pasukan bertaraf pro iaitu Fnatic, dan dia sekarang telah menjadi jurulatih pasukan itu. Sebelum Team Taring dibubarkan sepenuhnya.

Adakah MCG2018 kalini akan memperkenalkan kembali Team Taring kepada rakyat Malaysia?

Sedutan dari e-sukan ini, seorang rakyat Malaysia Andrew “Kaze” Khong dalam kumpulan Flash Gaming akan menyertai satu pertandingan bertaraf major dalam permainan CSGO di Boston, ELEAGUE MAJOR-BOSTON.