Malaysia B19 Terpaksa Tunggu Naib Juara 9 Kumpulan Lain

0
1487

Skuad bawah 19 tahun negara melengkapkan jadual Kelayakan Piala Asia Bawah 19 menentang pasukan Korea Selatan hari ini.

Selepas mencatat tiga kemenangan ke atas Timor Leste, Brunei dan Indonesia pada perlawanan terdahulu, anak-anak buah Bojan Hodak meneruskan misi melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 19 dengan menghadapi Korea Selatan untuk sekurang-kurangnya menjadi salah satu pasukan daripada 5 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan.

Bojan Hodak merancanakan formasi 4-4-2 buat skuad muda negara. Walaupun berdepan pasukan yang menjadi kuasa bola sepak Asia, skuad muda negara tidak mengamalkan corak permainan bertahan. Permainan seperti sebelum ini ditunjukkan mereka bagi mengimbangi corak permainan Korea Selatan.

Separuh Masa Pertama

Korea Selatan berjaya mendahului pasukan negara pada minit ke-11. Gol terhasil apabila Cho Youngwook yang melakukan larian pantas ke bahagian ‘half space’ Berjaya melakukan hantaran lintang dan disudahkan oleh Um Wongsan dengan tandukan tepat kearah gol. Bagi menewaskan penjaga gol Malaysia.

Minit ke-20 Nik Akif hampir menyamakan kedudukan apabila berjaya melepasi barisan pertahan Korea Seltan dan berhadapan secara satu lawan satu dengan penjaga gol Korea Selatan. Namun ketangkasan Min Seongjun berjaya menafikan gol buat Malaysia.

Korea memiliki sepakan percuma pada minit ke-25 apabila pemain mereka dikasari. ‘Set Piece’ menarik berjaya dilakukan untuk memberi ruang kepada penyerang mereka. Walaubagaimanapun ketangkasan Azri berjaya menafikan Korea Selatan untuk menjaringkan gol.

Malaysia yang cuba mengimbangi kelebihan gol Korea tersebut beberapa kali dapat memecah banteng pertahanan Korea Selatan namun sering digagalkan penjaga gol.

Korea Selatan melakukan pertukaran pertama pada minit ke-35 dengan mengeluarkan Oh Sehun untuk digantikan oleh Lim Jaehyuk.

Gol kedua Korea terhasil pada minit ke-38 hasil gerakan satu dua Kim Jungmin (7) dengan rakannya berjaya menembusi pertahanan Malaysia dan mudah menewaskan Azri untuk gol kedua buat Korea Selatan.

Berbaki 5 minit permainan pemain Malaysia cuba melakukan serangan untuk merapatkan kedudukan. Kelekaan dalam melakukan serangan menyebabkan kealpaan dalam bertahan. Akhirnya Korea berjaya memperolehi sepakan penalti dalam masa kecederaan yang diberi pegawai perlawanan setelah Shivan menjatuhkan apabila Cho Youngwook dalam kawasan kotak penalti.Cho Youngwook mudah menolak masuk sepakan penalty untuk menewaskan Azri. Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia ketinggalan 0-3.

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua bermula dengan Korea Selatan terus menguasai permainan. Malaysia sekali-sekala cuba melakukan serangan namun permainan ‘high pressing’ Korea Selatan menyukarkan Malaysia melepasi bahagian tengah.

Peluang pertama Malaysia dalam separuh masa kedua hadir pada minit ke-60 apabila Akhyar Rashid melakukan percubaan jarak jauh namun berjaya diselamatkan penjaga gol Korea Selatan.

Pertukaran pemain yang pertama dilakukan Malaysia dengan memasukkan Nurfais dan mengeluarkan Zhafir pada minit ke-61. Malaysia memperolehi sepakan percuma pada minit ke-65 apabila Akhyar Rashid yang membuat larian untuk masuk ke dalam kotak penalty dijatuhkan lawan. Walaubagaimanapun sepaka yang diambil Nik Akif terus kedakapan Min Seongjun.

Korea Selatan bertindak merehatkan penjaga gol mereka setelah selesa mendahului 3-0. Min Seongjun dikeluarkan bagi menggantikan Choi Minshoo pada minit ke-70.

Malaysia kelihatan semakin buntu untuk mencari ruang bagi menghasilkan gol. Pemain-pemain Korea Selatan menguasai permainan dengan mengekalkan ‘ball posession’ melalui hantaran pendek. Pemain-pemain muda negara sukar mendapatkan bola untuk melakukan serangan.
Malaysia memperolehi sepakan penjuru pada minit ke-81. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil Nik Akif gagal disambar rakan-rakanya di bahangian tengah.

Walaupun berbaki 10 minit permainan dan selesa mendahului, Korea Selatan tidak mengendurkan serangan mereka. Cho Youngwook mempunyai peluang terbaik untuk menambah jaringan buat Korea Selatan apabila sepakannya dari luar kotak penalti menuju kearah gawang Malaysia pada mini ke-86. Walaubagaimanapun tiang gol menyelamatkan Malaysia daripada terus dibolosi.

Malaysia melakukan pertukaran kedua dengan mengeluarkan Akhyar Rashid dan memasukkan Iskandar pada minit ke 89.

2 minit masa tambahan diberikan pegawai perlawanan gagal disempurnakan kedua-dua pasukan.

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 0-3. Kekalahan ini meletakkan Malaysia ditangga kedua kumpulan F dan terpaksa menunggu keputusan naib juara dari 9 kumpulan yang lain. Hanya 5 naib juara akan layak ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Indonensia.

Disebabkan penarikan diri saat akhir Northern Mariana Island dan Afghanistan, menyebabkan beberapa kumpulan mempunyai jumlah pasukan yang berbeza. Oleh itu, keputusan menentang pasukan di tempat ke-4 dan ke-5 setiap pasukan dalam menentukan 5 pasukan naib juara terbaik.
Ini bermaksud untuk kumpulan F, perlawanan menentang Brunei dan Timor Leste tidak akan dikira. Ini menjadikan Malaysia mengumpul hanya 3 mata atas kemenangan menentang Indonesia dan 0 perbezaan jaringan.

Diharapkan kita mampu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFC bawah 19 ini.