Harimau Malaya Gah Baham Bhutan

0
488
Malaysia

Harimau Malaya mencari kemenangan pertama untuk tahun ini selepas sekadar mencatat keputusan seri ketika menentang Mongolia dan tewas 1-2 kepada Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.

Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe merencanakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini dengan Mahali Jasuli dan Akram Mahinan menjadi ‘pivot’ berkembar manakala Nazmi Faiz Mansor memegang peranan selaku pemain nombor 8.

Di Bahagian serangan pula, Tan Cheng Hoe meletakkan Zaquan Adha selaku penyerang tunggal sambil dibantu Akhyar Rashid dan Wan Zack Haikal dibahagian sayap. Barisan pertahanan di barisi Irfan Zakaria dan Shahrul Saad sambil dibantu Ariff FarhanĀ  dan Nazirul Naim dikiri dan kanan. Khairul Fahmi Che Mat kembali mengisi tempat selaku pemjaga gawag negara.

Trevor Morgan pula merencanakan fromasi 4-3-3 buat pasukan Bhutan.

Separuh Masa Pertama

Bhutan terlebih dahulu memulakan permainan, walaubagaimanapun Malaysia lebih bijak mengawal keadaan. Percubaan awal diakuakan Zaquan Adha pada minit kedia menerusi rembatan dari luar kotak penalti namun tepat ke dakapan penjaga gol Bhutan, Kinzang Cyeltshen.

Kawalan baik Akhyar Rashid dari sebelah kiri berjaya menembusi kotak penalti Bhutan pada minit ke-7, namun percubaan beliau untuk melakukan ‘cutback’ berjaya disekat penjaga gol Bhutan.

Gol buat Malaysia hadir pada minit ke-11 menerusi gerakan Zaquan Adha di sebelah kiri sebelum hantaran lintang beliau berjaya ditanduk masuk Wan Zack Haikal untuk meletakkan skuad negara mendahului permainanan 1-0.

Image may contain: 1 person, playing a sport

Malaysia memperolehi sepakan percuma pada minit ke-15 apabila gerakan lincah Akhyar Rashid yang cuba menerobos kotak penalti Bhutan dijatuhkan Nima Wangdi. Walaubagaimanapun sepakan yang diambil Nazmi Faiz Mansor melambung tinggi melewati palang gol Bhutan.

Malaysia memperolehi sepakan penalti pada minit ke-20 selepas Wan Zack Haikal yang menerima lorongan Nazmi Faiz Mansor dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Chimi Dorji. Zaquan Adha mudah menewaskan Kinzang Cyeltshen untuk meletakkan Malaysia selesa didepan 2-0.

Irfan Zakaria mencatat nama selaku penjaring ketiga buat Malaysia pada minit ke-28 selepas menanduk masuk sepakan sudut yang diambil Wan Zack Haikal. Gol Irfan tersebut ternyata meletakkan Malaysia mendahului 3-0.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Penguasaan jelas milik Malaysia apabila Bhutan gagal memegang bola sepanjang 35 minit pertama. Skuad negara ternyata mengawal setiap sudut padang.

Zaquan Adha sekali lagi mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-37 selepas bijak menewaskan dua pertahanan sebelum melakukan rembatan jang gagal ditangkap kemas Kinzang Cyeltshen dan bergolek masuk ke dalam gawang Bhutan untuk gol keempat Malaysia.

3 minit selepas itu Zaquan Adha mencatat hatrik selepas menjaringkan gol ketiga peribadi beliau. Gol bermula menerusi gerakan satu dua Nazmi Faiz dan Akram Mahinan sebelum Akram berjaya melakukan ‘cutback’ yang gagal dikeluarkan dua pertahanan Bhutan sebelum sampai ke kaki Zaquan Adha yang merembat kencang ke gawang Bhutan untuk gol kelima skuad negara.

Tiga minit masa kecederaan diberikan pegawai perlawanan hampir memberi jaringan buat Bhutan selepas hantaran lemah Irfan Zakaria ke belakang gagal dimanfaatkan Dorji dan berjaya dikeluarkan Nazirul Naim Che Hashim.

Separuh Masa Kedua

Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran apabila Syafiq Ahmad dimasukkan sebaik bermula separuh masa kedua bagi menggantikan Akhyar Rashid .

Bhutan dilihat memperkemaskan barisan pertahanan mereka sepanjang 10 minit pertama separuh masa kedua. Pemain-pemain skuad negara yang berjaya mengawal permainan dengan baik dilihat sukar menembusi pertahanan Bhutan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Walaubagaimanapun gerakan baik Nazirul Naim berjaya memecah pertahanan Bhutan pada minit ke-55 dan berjaya melakukan ‘cutback’ untuk Zaquan Adha meledak gol keempat peribadinya yang juga gol keenam buat Malaysia.

Kencho Tobgay berjaya melakukan percubaan pertama buat Bhutan dalam separuh masa kedua pada minit ke-58. Walaubagaimanapun percubaan jarak jauh Kencho Tobgay tersebut jauh tersasar.

Malaysia melakukan tiga pertukaran pada minit ke-61 dengan mengeluarkan Nazirul Naim, Mahali Jasuli dan Zaquan Adha dan memasukkan tiga pemain muda Syazwan Andik, Kogileswaran dan Norhakim Hassan.

Kogileswaran berjaya melakukan percubaan pertamanya pada minit ke-66 menerusi sepakan percuma dari sebelah kanan gawang Bhutan. Walaubagaimanapun sepakan terus Kogileswaran tersebut sekadar menyinggah sisi jaring gawang Bhutan.

Image may contain: 3 people, people playing sports and outdoor

Syafiq Ahmad mencatat nama selaku penjaring ketujuh Malaysia pada minit ke-74 selepas tandukan deras beliau hasil sepakan penjuru Syazwan Andik dari sebelah kiri. Gol tersebut sedikt kontroversi apabila tandukan Syafiq Ahmad tersebut menyinggah palang gol sebelum ditolak keluar diatas garisan gol oleh penjaga gawang Bhutan. Walaubagaimanapun pengadil perlawanan mengesahkan bola telah melepasi garisan fol untuk gol ketujuh Malaysia.

Syahmi Safari dimasukkan pada minit ke-77 bagi menggantikan Ariff Farhan dibahagian pertahanan kanan.

Pada minit ke-82, Sepakan percuma yang diambil Shahrul Saad dari jarak jauh berjaya diselamatkan penjaga gol Bhutan.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

Bhutan cuba melakukan serangan pantas ke kubu Malaysia pada minit ke-86, namun gerakan tersebut mudah dipatahkan pertahanan skuad negara.

Tiga minit masa tambahan diberikan pegawai perlawanan, namun tiada tambahan jaringan berjaya dilakukan skuad negara. Malaysia berjaya membelasah Bhutan 7-0.

Kemenangan ini cukup penting dalam menentukan ranking Malaysia dikala bermain diluar jadual perlawanan antarabangsa. Kemenangan ini pasti mampu meningkatkan ranking Harimau Malaya.