Hafizh Syahrin Tunjuk Peningkatan Membanggakan Dalam Sesi Ujian Qatar

0
487
Hafizh Syahrin 1

Hafiz Syahrin menjalani sesi ujian pertama selaku pelumba rasmi Monster Yamaha Tech 3   di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.  yang bermula 1 hingga 3 Mac yang lalu.

Sebelum ini Hafizh Syahrin menjalani sesi ujian di Buriram selaku pelumba percubaan sebelum dapat menarik perhatian pengurusan Monster Yamaha Tech 3 untuk diserap sebagai pelumba pasukan tersebut selepas menamatkan sesi ujian tersebut di tangga ke-22 daripada 24 pelumba.

Dengan perbezaan besar diantara Litar Chang, Buriram dan Losail, kelebihan kepada pelumba teratas tidak wajar diukur melalui masa sepusingan. Walaubagaimanun mengikut peratusan, pelumba Malaysia ini menujukkan kemajuan yang jelas.

Di Buriram, Hafiz Syahrin hanya 2% dibawah rakan sepasukannya Johan Zarrco namun di Qatar ianya menjadi hanya 1% berbanding Zarco yang menghabiskan hari ketiga ditangga teratas dalam catatan masa sepusingan. Ini menjadikan pelumba yang mendapat gelaran “Pescao” ini antara pelumba yang paling gembira meninggalkan litar itu.

Image may contain: one or more people
Kredit imej: Monster Yamaha Tech 3

Pada sesi ujian yang pertama yang bermula pada 1 Mac, Hafiz Syahrin menamatkan sesi ujian dikedudukan ke-22 selepas mengharungi 58 pusingan. Masa terbaik yang dicatat daripada 58 pusingan tersebut adalah pada pusingan ke 27 yang mana beliau mencatatkan masa 1 minit 56.731 saat, 1.678 saat dibelakang pelumba terpantas sesi pertama, Maveric Vinales daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP.

MotoGP Official Test Losail Day 1Keputusan penuh Sesi 1

Seperti yang dilakukan di Buriram, Hafiz Syahrin berjaya memperbaiki catatan masa pada hari kedua sesi ujian yang berlangsung pada 2 Mac . Pada sesi kedua ini, Hafiz Syahrin berjaya memperbaiki kedudukan beliau apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-21 satu anak tangga lebih baik berbanding hari pertama.

MotoGP Official Test Losail Day 2
Keputusan penuh Sesi 2

Hafiz Syahrin mencatatkan masa 1 minit 56,263 saat pada pusingan ke-31 dan ianya merupakan catatan masa terbaik daripada 46 pusingan yang dilaluinya. Catatan ini juga ternyata 0.468 saat lebih baik daripada keputusan ujian pada sesi pertama. Kedudukan ini juga 1.677 saat dibawah Andrea Iannone dari pasukan Team Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan paling pantas dengan masa 1 minit 54.586 saat.

Ternyata pelumba yang mendapat gelaran “Pescao” dikalangan peminat & pelumba MotoGP ini dilihat gigih dalam memperbaiki catatan masanya. Dari satu sesi ke satu sesi beliau menunjukkan peningkatan apabila menamatkan sesi terakhir di kedudukan ke-15 dengan catatan 1 minit 55.232 saat pada pusingan ke-30, 0.646 saat lebih baik dari catatan masa sesi kedua.

MotoGP Official Test Losail Day 3
Keputusan penuh Sesi 3

Rakan sepasukan Hafiz Syahrin, Johann Zarco merupakan pulumba terpantas dalam sesi ketiga ujian ini dengan catatan masa sepusingan terbaik 1 minit 54.209 saat, berbeza 1.244 saat dihadapan Hafizh Syahrin

Secara kesuluruhannya Hafiz Syahrin menamatkan 3 sesi ujian ini dengan berapa pada kedudukan ke-16 dengan catatan terbaik pada sesi ketiga diambil kira. Catatan itu merupakan 1.244 saat berbeza dengan pendahulu keseluruhan yang juga rakan sepasukannya di Monster Yamaha Tech 3, Johan Zarrco.

MotoGP Official Test Combined Days
Keputusan penuh keseluruhan

Dengan keputusan yang dicatatkan Hafizh Syahrin dalam sesi ujian selama tiga hari ini, ianya jelas menunjukkan kemajuan buat Hafizh Syahrin walaupun ini merupakan kali kedua beliau beraksi di litar.

Hafizh Syahrin bakal menghadapi sesi perlumbaan rasmi MotoGP beliau pada 18 Mac akan datang di litar yang sama. Pastinya ia memberi kelebihan buat Hafizh selepas 3 hari sesi ujian ini dan terus memperbaiki catatan masa beliau.

Baca juga: Kalendar Untuk MotoGP 2018