Fergie : Mana Yang Paling Dirindui ?

0
173

Individu yang bernama Fergie antara nama yang begitu dirindui peminat sama ada peminat muzik mahupun bola sepak. Dalam bola sepak, nama individu ini sangat berkait rapat dengan sebuah kelab di Manchester. Mari kita selusuri individu bernama Fergie ini.

1, Versi Lelaki ( Manchester United)

Fergie tiba di Old Trafford pada 6 November 1986 sebagai pengurus Manchester United. Sepanjang beliau menguruskan kelab itu selama 26 tahun, Manchester United berjaya meraih 13 kejuaraan liga, 5 piala Fa, 11 community shield, 4 kejuaraan Eropah ( 2 UCL, 1 Uefa Cup Winners Cup, 1 Uefa Super Cup), 1 Intercontinenal Cup dan 1 Fifa Club World Cup. Sesuatu yang sangat dicemburui oleh kelab-kelab di England terutama sekali musuh ketat sepanjang zaman, Liverpool.

Rekod hebat beliau amat sukar untuk dicabar oleh mana-mana pengurus di dunia. Beliau seorang pengurus yang tegas dan garang tetapi cukup disenangi oleh pemain mereka. Tak mustahil kenapa bekas pemain Man United cukup hormat atuk Scottish ini. Cantona yang liar tu pun tunduk hormat dengan dia.

Beliau berjaya menerapkan winning mentality kepada semua pemainnya. Pemain yang biasa akan menjadi luar biasa dibawah kendalian beliau. Antara kata-kata keramat yang paling diingati peminat ialah ” Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah bermain untuk seri”. Bermakna kemenangan adalah lambang kejayaan baginya. Bayangkan, jika ketinggalan 0-2, 0-3, belum tentu pasukan itu memenangi perlawanan. Era beliau sering terjadi kebangkitan pada minit akhir perlawanan sehingga pundit dan pengulas menggelarkannya sebagai Fergie time.

Sepanjang khidmat beliau, tidak ada pemain yang lebih besar daripada kelab. Tentu anda masih ingat insiden David Beckham dibaling botol oleh Fergie. Beberapa nama seperti Ruud Van Nistelrooy dan The Irish Dog, Roy Keane antara yang pernah mencabar kesabaran beliau.

Kini, Manchester United menjadi kelab yang tidak dihormati seperti zaman Fergie. Semuanya berubah selepas pengendali itu mengumumkan persaraan daripada bidang pengurusan dan kejurulatihan. Mereka dihina dan sering dijadikan troll oleh pengkritik bola sepak. Gelanggang keramat Old Trafford juga tidak lagi ditakuti oleh kelab yang berkunjung ke situ. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi peminat kelab yang digelar syaitan merah ini. Apatah lagi semalam, mereka tewas kepada musuh ketat sepanjang zaman mereka Liverpool dengan keputusan 3-1. Sesuatu yang cukup menyakitkan hati peminat setia kelab tersebut. Pastinya, peminat pasti mengharapkan agar pengendali itu kembali memegang kerusi panas kelab itu namun ianya sesuatu yang mustahil.

*Kali ini, kami bawakan sedikit kelainan, mengajak anda mengimbau kegemilangan kumpulan muzik pop, Black Eyed Peas era Fergie yang menjadi penyanyi wanita dalam kumpulan itu.

2. Versi Wanita (Black Eyed Peas)

Mereka pada mulanya mengajak ahli kumpulan Eden’s Crush, Nicole Scherzinger menyertai Black Eyed Peas tetapi beliau masih terikat dengan kontrak. Akhirnya, Dante Santiago memperkenalkan Fergie kepada Will.i.am dan menjadi ahli kumpulan bergenre pop hip hop itu. Penyertaan Fergie berjaya menaikkan nama kumpulan itu.

Penampilan pertama Fergie dalam album Elephunk yang dilancarkan pada 2003. Lagu Where is the Love menjadi single paling hits dalam album berkenaan apabila menjadi single paling laris pada tahun tersebut selain berada di tempat pertama carta US selama 7 minggu! Begitu juga dengan lagu Shut Up apabila berjaya mendapat mendapat Gold and Platinum sebagai lagu terbaik.

Mereka terus mengorak langkah apabila berjaya melancarkan album Monkey Business pada 7 Jun 2005. Lagu seperti Dont Phunk with My Heart, Boom Boom Pow antara yang menjadi siulan peminat global. Lagu paling seksi, My Hump menjadi lagu yang paling kerap dimainkan di radio secara besar-besaran. Lagu ini yang menampilkan 80% vokal daripada Fergie mendapat kedudukan no 3 di carta US Hot 100 dan nombor 1 di Australia. Banyak kejayaan dicapai oleh kumpulan ini termasuk memenangi anugerah Grammy bagi kategori Best Rap Performance by a Duo or Group dan Record of the Year and Best Rap Song pada 2005.

Fergie dalam video muzik My Hump.

Walaubagaimanapun, Fergie dikatakan telah meninggalkan Black Eyed Peas pada 2017 kerana ingin fokus kepada album solonya. Perkara ini dinafikan oleh Will.i.am apabila beliau menyatakan Fergie belum keluar, cuma berehat daripada kumpulan untuk album solonya. Will.i.am. juga menyatakan pihak mereka sentiasa menyokong Fergie daripada belakang sambil menyifatkan Fergie susah dicari ganti. Mereka kemudian memperkenalkan pemenang The Voice PH, Jessica Reynoso dalam album Ring The Album. Pada 26 Oktober lalu, mereka melancarkan album ketujuh mereka, Master the Sun Vol 1, iaitu album pertama mereka tanpa Fergie selama 8 tahun.

Rumusan

Fergie sentiasa dikenang oleh kita semua, Kita pasti sukar untuk lupakan perlawanan2 dramatik dan permainan menarik daripada Manchester United. Lagu2 Black Eyed Peas seperti Pump It, My Hump, The Time antara lagu malar segar yang sukar dilupakan oleh kita semua.

Sumber

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Black_Eyed_Peas
https://en.wikipedia.org/wiki/Alex_Ferguson
https://www.goal.com/en-my/news/worse-than-man-united-without-fergie-black-eyed-peas/5rq6m78ptfr91jr0gtwiof87z
https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Manchester_United_F.C._(1986%E2%80%932013)