“Fanskick” Aplikasi Untuk Peminat Bola Sepak Malaysia: Ketahui Fungsinya

0
2038
Fanskick

Malam tadi, 18 Januari 2017 Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim melancarkan aplikasi “Fanskick” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Aplikasi ini dibangunkan oleh Fanskick Dot Com Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia dan Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) bertujuan menyalurkan lebih maklumat dan khidmat sokongan yang diperlukan untuk peminat bola sepak tempatan.

Hari ini penulis berpeluang memuat turun aplikasi “Fanskick” ini untuk melihat sendiri apakah fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi ini. Berikut penulis kongsikan bersama pembaca antara fungsi-fungsinya.

Apabila anda memuat turun aplikasi ini, anda perlu mendaftarkan diri sama ada dengan menggunakan akaun “facebook”, “google” ataupun nombor telefon.

Berita  Terkini

Apabila anda mula melayari aplikasi ini, apa yang anda akan dapat saksikan pada mukasurat “Home” adalah makluman berkenaan berita terkini berkenaan Liga Malaysia. Anda juga boleh membaca artikel ringkas yang dimuat naik oleh “Fanskick”.

Fanskick home

Jadual Perlawanan

Anda juga boleh memeriksa jadual perlawanan menerusi aplikasi ini. Maklumat jadual perlawanan yang dipaparkan juga  cukup lengkap kerana disertakan bersama masa dan lokasi perlawanan berlangsung.

Fanskick Fixtures.2jpg

Statistik Perlawanan “Head to Head”

Sekiranya anda tekan pada jadual perlawanan tersebut, anda boleh menyaksikan maklumat statistik pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini. Maklumat ini pastinya membantu anda mengingati semula pertrmuan lalu antara kedua-dua pasukan.

Selain itu anda juga dapat melihat senarai pemain yang diturunkan dalam perlawanan tersebut terutamanya kesebelasan utama.

fanskick head to head

Pembelian Tiket Secara Online

Peminat bolasepak tanah air juga boleh menghindarkan diri daripada beratur panjang untuk membeli tiket di stadium. Dengan adanya “Fanskick” anda boleh membeli tiket secara online. Ianya lebih mudah apabila anda tidak memerlukan tiket kerana “QR Code”  dan hanya perlu di “scan” sebelum masuk ke stadium.

Fanskick Fixtures

Fanskick QR Code

Live Streaming & Highlights Perlawanan

“Fanskick” juga menawarkan perlawanan secara langsung dalam talian (live streaming) untuk perlawanan-perlawanan yang tidak dilangsungkan di media arus perdana. Pastinya peminat bola sepak tanah air dapat menonton lebih siaran langsung daripada apa yang ditawarkan musim lalu.

Aplikasi ini juga menyediakan “higlights” perlawanan untuk peminat mengimbas semula aksi-aksi menarik perlawanan pasukan kegemaran.

Fanskick Live

Statistik Pemain

Dengan adanya “Fanskick” anda juga dapat melihat statistik pemain kegemaran anda. Antara statisti pemain yang termasuk dalam aplikasi ini adalah jumlah gol, kad, hantaran, bantuan gol, percubaan dan penampilan.

Fanskick Player Stats

Maklumat Stadium

Lebih menarik maklumat dalaman stadium juga disediakan oleh “Fanskick”. Ianya secara tidak langsung membantu penyokong pasukan pelawat mengenal pasti kedudukan stadium dan juga fasiliti di dalam stadium.

Fanskick Stadium 1Fanskick Stadium

Penjualan Barangan Pasukan

Anda juga boleh membeli barangan pasukan kegemaran anda melalui aplikasi ini. Secara tidak langsung ianya dapat membantu kaedah pemasaran barangan pasukan yang bertanding. Ianya lebih mudah apabila anda boleh membeli barangan tersebut secara online.

fanskick merchandise

FK Manager

Aplikasi ini juga menawarkan permainan “FK Manager” untuk peminat mencuba bakat mengendali pasukan sendiri. Pasti anda tahu “Fantasy Premier League” bukan? Walaubagaimanapun format “FK Manager” ini masih belum diketahui kerana masih dibangunkan.

fanskick FK Manager

Kesimpulan

Penulis melihat aplikasi “Fanskick” ini sebagai satu pembaharuan yang terbaik dilakukan FAM & FMLLP dalam mendekatkan peminat bola sepak tanah air dengan pasukan. Segala maklumat mengenai berkenaan pasukan boleh diperolehi di hujung jari anda. Tahniah buat Fanskick Dot Com Sdn Bhd yang berjaya membangunkan aplikasi ini.

Walaubagaimanapun buat masa ini segala maklumat belum tersedia sepenuhnya. Diharapkan ianya dapat disiapkan sebelum liga bermula.

Aplikasi ini boleh dimuat naik di “Google Play Store” dan “App Store”.