Akhyar Rashid Permata Menyinar Dalam Kejohanan AFC Bawah 23

1
626
Akhyar Rashid

Nama Akhyar Rashid menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air semenjak bermula Kejohanan Piala AFC Bawah 23 yang berlangsung di China bermula 9 Januari lalu. Aksi cemerlang beliau dalam dua perlawanan menentang Iraq dan Jordan amat mencuri tumpuan penyokong skuad negara.

Dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-60 bagi menggantikan N. Thanabalan dala perlawanan menentang Iraq 10 Janauari lalu, Akhyar dilihat sebagai “game changer” dalam perlawan tersebut. Gandingan beliau bersama Safawi Rasid dilihat mampu mengucar kacirkan benteng pertahanan Iraq.

Akhyar berjaya melakukan satu bantuan gol dalam perlawanan tersebut apabila  menggelecek masuk ke bahagian “half-space” dan membuat hantaran pendek untuk Safawi merembat masuk gol pertama Malaysia.

Hasil carian imej untuk akhyar rashid malaysia
Kredit gambar: FourFourTwo

Pada perlawanan menentang Jordan 13 Januari lalu, Akhyar diberi kepercayaan sebagai kesebelasan utama oleh Datuk Ong Kim Swee. Pada mulanya penulis agak “skeptical” apabila beliau diturunkan sebagai pemain utama berikutan prestasi beliau bersama Kedah sebelum ini tidak dapat bertahan selama 90 minit dan beliau di lihat lambat panas dalam permainan.

Walaubagaimanapun jangkaan tersebut ternyata meleset apabila Akhyar menunjukkan permainan cemerlang disepanjang permainan beliau. Akhyar diturunkan sebagai penyerang sayap kiri dalam formasi 3-4-3 yang direncana Kim Swee.

Akhyar mempunyai kelebihan dalam kawalan bola di bahagian sayap kiri tersebut. Larian pantas beliau dengan bola berjaya memperdaya pertahanan lawan. Walaubagaimanapun Akhyar bukanlah pemain yang gemar melakukan hantaran lintang dari bahagian sayap.

Pemain berusia 18 tahun ini lebih gemar membuat larian masuk ke dalam kotak penalti dan membuat hantaran pendek. Beberapa hantaran beliau mampu di arah kepada Jaffri Firdaus Chew dalam perlawanan tersebut namung gagal disudahkan Jaffri.

Hasil carian imej untuk akhyar rashid malaysia
Kredit gambar: www.bharian.com.my

Larian Akhyar ke dalam kotak penalti juga mampu memaksa pertahanan lawan melakukan kesilapan. Ianya terbukti apabila kelincahan beliau menyebabkan beliau dijatuhkan dalam kotak penalti sehingga memaksa pengadil memberikan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan Safawi Rasid.

Akhyar sekali lagi menggunakan kelebihan larian dengan bola yang baik apabila hampir-hampir meledak gol kedua Malaysia selepas menerima hantaran tinggi Safawi dalam kotak penalti  namun ianya hanya menggegar tiang gol Jordan. Ternyata larian dan kawalan bola yang baik merupakan kekuatan buat Akhyar Rashid yang juga mempunyai tenaga luar biasa dan gelecekan yang mantap.

Dalam perlawanan menentang Jordan juga Akhyar dilihat membantu barisan pertahanan. Walaubagaimanapun beberapa kesilapan dilakukan beliau ketika bertahan terutamanya ketika Jordan menjaringkan gol. Keputusan beliau menghentikan larian sebaik Haziq Nadzli keluar memudahkan penyerang Jordan membuat percubaan.

Hasil carian imej untuk akhyar rashid malaysia
Kredit gambar: Goal.com

Antara aspek yang perlu diperbaiki beliau adalah komunikasi dalam permainan selain “decision making” di saat akhir yang kadang kala boleh merugikan pasukan. Penulis juga berharap Akhyar lebih berani untuk melakukan percubaan ke arah gol lawan dalm perlawanan akan datang.

Diharapkan Datuk Ong Kim Swee memberikan peluang sekali lagi kepada Akhyar menjelang perlawanan terakhir Kumpulan C menentang Arab Saudi besok. Kehadiran beliau di dalam pasukan ternyata memberikan impak di barisan serangan.

Beliau adalah pemain penting dalam skuad ini buat masa ini. Diharapkan beliau terus konsisten pada perlawanan akan datang.

Malaysia dijadual bertemu Arab Saudi esok (16 Januari) dalam misi wajib menang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati sambil mengharapkan Iraq sekuran-kurangnya mengikat Jordan.

Berikut kami bawakan serba sedikit aksi Akhyar Rashid dalam Kejohanan Piala AFC Bawah 23 tahun ini.

 Baca juga: AFC B-23: Penilaian Persembahan Pemain Malaysia Menentang Iraq