AFC B-23 : Sidorov Hero Uzbekistan Untuk Bergelar Juara

0
1370
Uzbekistan Champion AFC U-23

Pemain gantian, Andrey Sidorov menjaringkan gol pada minit terakhir masa tambahan untuk membantu Uzbekistan memastikan kejuaraan Kejohanan AFC Bawah 23 2018 dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Vietnam semalam.

Penyerang itu masuk untuk menterjemahkan sepakan penjuru Dostonbek Khamdamov melalui sentuhan pertama beliau dalam perlawanan tersebut selepas perlawanan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan dan memaksa tambahan masa 30 minit.

Dalam keadaan cuaca bersalji di “Changzou Olym[ic Sports Center”, Uzbekistan dilihat lebih menguasai permainan pada peringkat awal. Mereka mendahului pada minit ke-8 apabila Rustamjon Ashurmatov yang tidak dikalawal menanduk masuk sepakan penjuru Khamdamov.

Kredit imej: AFC.com

Uzbekistan terus menekan Vietnam selepas jaringan tersebut. Dua percubaan oleh Javokhir Sidikhov dan Khamdamov yang mencuuba darri jarak 20 ela diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam, Bui Tien Dung.

Walaupun bergelut untuk memberi sepenuhnya dalam permainan tersebut, Vietnam sekali sekala menggugat Uzbekistan untuk memulihkan keadaan sejurus selepas setengah jam perlawanan berlangsung. Hantaran lintang yang cantik oleh Pham Xuan Manh gagal disempurnakan Phan Vanh Duc dan Nguyen Quang Hai.

Walaubagaimanapun selepas melihat percubaan Azizjon Ganiev sedikit tersasar, Vietnam menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila Nguyen Cong Phuong dijatuhkan dalam kawasan berbahaya. Sepakan percuma yang diambil Quang Hai melencong cantik menewaskan Botirali Ergashev yang telah pun  melayangkan badan. Gol tersebt merupakan gol ke-5 Quang Hai dalam kejohanan ini.

Kredit imej: AFC.com

Selepas perlawanan dimulakan semula setelah ditangguhkan untuk membuang salji di dalam padang, Uzbekistan terlebih dahulu menyerlah. Kali ini percubaan Khamdamov dari jarak jauh di selamatkan Tien Dung pada minit ke-48.

Beberapa minit selepas itu, Tien Dung yang menajdi wira Vietnam di peringkat separuh akhir ketika menentang Qatar, bertindak balas dengan baik untuk menafikan percubaan Sidikov dari jarak 6 ela sebelum kapten Uzbekistan Zabikhillo Urinboev merembat namun tersasar di sebelah kiri pada minit ke-70.

Pada minit terakhir masa sebenar perlawanan, Urinboev seharusnya sudah memberi kemenangan lebih awal buat Uzbekistan, namun percubaan beliau pada jarak 8 ela melepasi palang selepas Tien Dung meninggalkan kawasannya untuk menolak hantaran lintang Akramjon Komilov namun gagal.

Ketika perlawanan di lihat seolah-olah bakal ditentukan menerusi sepakan penalti, Sidorov menjadi wira buat Uzbekistan apabila menyempurnakan sepakan penjuru terakhir yang di ambil Khamdamov sekaligus meremukkan harapan Vietnam dalam keadaan yang penuh drama.

Mari kita tonton “higlight” perlawanan tersebut:

 

Baca juga: AFC B-23: Qatar Duduki Tempat Ketiga