5 Lagu Yang Buat Kita Rasa Sebak Dan Bersemangat Dalam Stadium Atau Temasya Sukan Negara

0
5650

1. Fikirkan Boleh = Kumpulan Metropolitan.
(Lagu dan Lirik Ciptaan Megat Ismail)

Lagu ini mengimbau kembali dan juga cukup sinonim dengan kenangan Piala Thomas pada tahun 1992 di mana Malaysia merupakan JUARA buat kali ke-5 selepas menundukkan Indonesia, 3-2.

“Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu”

Kulitkaset album kumpulan Metropolitan
Sumber: Google

2. Standing in the eyes of the world – Ella

Lagu ‘berhantu’ nyanyian Ratu Rock Malaysia ini dikatakan masih lagi menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada mana-mana temasya sukan.

Lagu ini merupakan lagu rasmi temasya Sukan Komanwel 1998 di mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Pada tahun 2017,Ella menyanyikan lagu ini semasa penutup temasya Sukan SEA 2017 dan ternyata ramai yang dikatakan masih ‘meremang’ dengan persembahan memukau Ella pada malam tersebut.

Ella membuat persembahan pada Majlis Penutup Sukan SEA 2017
Sumber : BH Online

3. Gemuruh – Faizal Tahir

“Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa”

Lagu ini juga antara lagu pembangkit semangat yang sering dimainkan di stadium atau arena temasya pertandingan.

4. Aku Turun Stadium = Mel Ramlan ft Tifo Arena

Lagu ‘zaman milenia’ ini antara lagu yang tak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat-peminat bola tanah air khususnya. Lagu yang dicipta oleh Mel Ramlan ini sendiri sangat ‘catchy’ dan mempunyai lirik yang  ‘Straight to the point’.

Tifo Arena merupakan satu saluran youtube dimana antaranya memaparkan kemeriahan penyokong-penyokong bola sepak sebelum dan juga selepas perlawanan.

Sumber : Spotify

5. Negaraku – Kolaborasi Altimet, Joe Flizzow, SonaOne dan Faizal Tahir

Lagu ini merupakan antara lagu terkini yang dipasang di stadium/temasya arena .Lagu ini mula dilancarkan pada tahun 2016 merupakan gubahan oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir.

Lagu berunsurkan patriotik ini juga ternyata memberikan satu ‘perasaan yang mendalam‘ walaupun mengetengahkan muzik berunsurkan rap.

Baca juga : AFC B-23: Malaysia Kejutkan Arab Saudi Untuk Ke Suku Akhir